Assalamualaikum.. tajuk tu simbolik jer~ sebenarnye aku nak sebut 'what goes around comes around'. lebih kurang je bunyinye. dan lagipun, merry go round kan pusing2. menurut SINI , ia bermaksud : "The status eventually returns to its original value after completing some sort of cycle" yang bermaksud sesuatu keadaan yang akan kembali ke bentuk/keadaan asal selepas melengkapkan/melalui sesuatu kitaran..byk persepi maknusia dan paknusia anggap benda tu mcm karma kepada sesuatu kejadian.. hmm.. boleh diterima la kot either it is a bad or a good situation. harini, aku nak citer pasal my own merry go round, but in a good situation..
dulu aku belajar kat 1 IPTA.. pada aku, merantau kat tempat orang mcm sesuatu yg menyeksakan, tambah lg bile persekitaran tempat tu takde fasiliti dan kemudahan yg memuaskan utk student mcm aku. pengangkutan susah, atm machine jauh, hypermarket jauh.. [ha tgk tgk contoh org tak bersyukur] tapi the only postive thing yang jadi pada aku adalah, aku takde masa nak layan hiburan, atau perasaan atau segala pejadah yang dipuja sgt oleh student2 kat bandar2 besar. fokus aku pada study je [ok tipu sikit mungkin ade kelaut jugak]. walaupun IPTA tu tak sehebat/segah/semewah/selengkap IPTA2 besar yang lain, tapi aku berjaya keluar dgn result yg membanggakan. dlm dok kutuk2 pak guard, mak guard, makcik kantin, penjaga koperasi, makcik cleaner dan segala macam orang di IPTA tu, tapi aku tetap berbangga kerana diberikan pendidikan di sana..
lepas aku keluar dari IPTA yg satu itu.. aku sambung ke IPTA lain pula.. suasana yang totally different, maklumla dah versi kebandaran~ tapi sekarang aku dah keje.. baru2 ni tmpt keje aku dpt 1 projek baru.. Alhamdulillah.. ada projek, tanda masih ade rezeki aku di office ni.. projek pembangunan utk pertambahan asrama dan bangunan di IPTA.. and guess what, IPTA yang aku dok kuttttukkk sgt dulu... aku la yang first volunteer nak handle projek tu coz.. heelooo.. tempat aku blaja.. tempat aku menangis terduduk hadap final exam, tempat aku main cinta kolej (blueeek) ofcoz la aku tau selok belok ruang dan kawasannya kan..
so aku terfikir.. dulu aku blaja payah2 kat sane.. timba ilmu bagai nak rak kat sane.. gelak ketawa dgn rakan2 kat sane.. dan sekarang, sampai 1 masa, IPTA itu perlukan khidmat aku seperti mana ia telah mencurahkan khidmatnya padaku dulu.. projek pertambahan bangunan asrama bermakna akan buka peluang pada lebih ramai student di situ.. dan aku berharap 1 hari nanti, student2 yg tinggal di building baru tu, akan berikan khidmat mereka jugak. see? merry go round isnt?
kawan aku pun pernah citer hal lebih kurang same.. biasa la kan, budak tahun akhir mesti la wajib rasa nak pecah kepala pasal nak siapkan final project.. haruslah kelangkabot sibuk jumpe lecturer or mentor masing2.. dan sangatlah memerlukan reference dari orang2 luar utk lengkapkan kajian soal selidik.. kan kan kan.. cerita dia simple je.. dia perlukan reference dari seseorang utk satu projek pembinaan. once dia dah jumpe dgn that person incharge, that person siap cakap "i dah lama tunggu samada ade tak mane2 student yang nak datang jumpe i, nak tanye ape2 or soal selidik utk final project.. coz dulu masa i buat final project, i dibantu oleh seseorang yg sgt helpful.. so i rasa this time.. i pulak nak tolong mane2 student yg nak siapkan final project" see? merry go round isnt?
Allah kata itu qada' dan qadar serta ketentuan.. dont expect other people to be nice kalau diri sendiri tak reti nak bersopan pada orang lain, jgn la harap org lain nak hormat kita kalau diri sendiri tak reti nak hormat org lain,and jgn nak hadap sgt layanan org kalau diri sendiri tak reti nak layan orang lain.. see? merry go round isnt?
nah, aku bg 1 video motivasi yang sgt bermakna utk merry go round dalam hidup korang. nak pasang time layan naik merry go round pun boleh, tp mcm tak kena je la.
so, start to be nice, sahabat!