perkara biasa yang selalu aku alami time waktu pagi nak pegi keje.. ini adalah sst yang tidak boleh disangkal lagi.. aku pun taktau samada aku belum cukup sedar time bangun pagi ataupun masih mamai ketika itu ataupun sekadar.. dah nasib aku begitu haritu.. yeah, apakah? biasanya kalau bangun pagi, aku mengambil masa selama 15 min utk membiasakan diri dgn bunyi alarm henfon aku.. after 15 mins, baru aku akan bgun pegi capai towel dan masuk toilet. yah, disinilah semuanya bermula. aarghhh... bukan sekali atau 2 kali.. dan byk kali peristiwa hitam ini berlaku.. aku selalu tertukar pencuci muka dgn colgate.. sbb kedua2nya berbentuk spt tiub yg sama lebih kurang.. aku selalu amek pencuci muka aku letak atas berus gigi.. menci menci menci.. dan begitu jugak pernah kadang2 aku terambil colgate letak kat tapak tgn nak cuci muka. oh apakah? menci menci menci.. tapi aku rasa aku dah cukup sedar dan bukak mata time tu.. tp misteri otak, tiada siapa yang tahu. eleh.
dah tentulah ia tak berhenti disitu kan.. spt selalu.. bukan sekali atau 2 kali.. byk kali juga.. aku rasa org lain pun pernah alaminya.. tertukar syampu dan bath foam.. oh yang ini biasanya berpotensi utk aku buat dlm keadaan mata terpejam. so.. yg ni bukan misteri otak tp mungkin salah sendiri. haha. kadang2.. aku selalu terguna bath foam letak kat rambut jadi shampoo. alih2 je.. aku akan rasa rambut keras semacam.. bile check2.. oh deng! kenapa manusia tak cipta shampoo dan bath foam 2 dalam 1?! mula la nak salahkan orang lain. sifat manusia, taknak mengaku kesalahan sendiri..
2 benda pelik ni mmg kerap berlaku setiap kali aku bgun pagi nak pegi kerja.. dan ia akan menjadi lebih serius jika aku bangun secara kelang kabut atau bangun secara terkejut.. oh yer, utk pengetahuan semua.. kelemahan aku adalah.. setiap kali aku bangun.. perlu beri masa kepada diri aku mungkin 15-20 min utk betul2 sedar.. cousin2 aku dah arif dgn sifat aku yg satu ni.. sbb tu bila balek kampong.. bila tido ramai2.. tapi bila aku bangun tido, sile lah jgn tegur aku utk 15-20 mins. situasinya seperti, aku bangun kul 6.00am nak subuh then cousin aku nampak aku berjalan nak pegi toilet. jgnlah ajak aku borak spt "oi, pas subuh gi bekfes kat kedai makjah nak" sebab yang pasti, aku mmg takkan respon ape2. bukan aku pekak atau buat2 tak dengar.. tapi aku rasa.. otak aku belum dpt merangsang sepenuhnya.. kan aku cakap, misteri otak tiada siapa yang tau. haha
sebab tu, bila kat rumah sendiri, katil sendiri.. aku akan allowed sst jangka masa sebelum aku betul2 sedar dan bangun. contohnya kalau niat aku nak bgun kul 6 pagi, aku perlu set jam pukul 5.45 dan snooze utk 3 4 kali sebelum jam cecah 6 pagi.. kalau tak, berlaku la spt tadi. pencuci muka letak atas berus gigi. sumpah mcm orang gila. aku bukanlah orang yg sekali kejut, terus bangun pegi capai towel terus masuk toilet. aku rasa otak aku akan jadi bengong sekejap selepas bangun. sebab tu aku sangat pantang org kacau aku tido.. sbb aku rasa boleh mereng sebelah otak. kacau tido secara berhemah takpe lagi, tapi kalau kejut aku secara kasar samada menjerit di telinga aku, atau baling sst ke arah aku.. pergh, bole buat bergado kot. taukah anda, sewaktu kita tido.. roh kita tidak berada di dalam jasad kita.. jadi, bayangkan jika kita bangun secara terkejut, roh kita masih belum sempat masuk sepenuhnya ke dalam badan menjadikan otak kita sedikit mereng kadang2. dulu masa aku di perantauan, nak balek kl naik bas.. kawan aku pernah cakap "aku tak pernah tido dalam bas otw balek kl.. aku risau.. bila aku tido, then kalau bas brek mengejut.. ye la driver bas kan selalu bawak mcm org gila.. kalau aku bgun secara terkejut.. roh aku tak sempat masuk.. sakit kot badan dan otak aku ni.."
pesan aku kat korang, jgn la sesekali kacau orang yg sedang tido nyenyak.. kejut secara baik takpe.. samada usapkan ubun2 kepalanya atau panggil secara perlahan.. sbb tu, alarm aku di henfon.. aku set bunyi ala2 lembut2 gitu.. supaya time aku bgun pagi nak pegi keje.. otak aku tak mereng sebelah. tp ade orang kata, bunyi alarm kena nyaring, kalau tak susah nak bgun.. hak korang la. korang yang nak bgun sendiri.. ikot suke la. haha
No comments:
Post a Comment