Wednesday, May 25, 2011

Sepakan Penalti di Muka

bodoh bangang dan bengong. kau dah tau hati kau tu tak kuat, yang kau buat2 mcm tabah tu dah kenape? konon2 nak test diri la tu? sgt hebat la kau pura2 mcm kuat..

ape kes marah2 ni sayang? jgn marah2.. nnt cpt tua. tak elok utk gadis ayu dan comel spt kau..

semua di atas adalah monolog dalaman. memarahi diri sendiri dan memotivasi diri sendiri.

korang pun tau la kan.. fb ni kadang2 kat sebelah kanan page tu, tetiba kuar album2 daripada kawan2 korang kan. boleh nak jadi, terkuar la album yg aku tak sangka. nama kawan : ****. tajuk album : tahniah A*** dan D****! yang kawan ni plak, adalah isteri kepada besfren si A. siapakah A? A tu EX aku la dol.. masa aku dan A dulu2.. aku selalu la berhubung dgn kakak ni.. yer la kan.. suami dia besfren boyfie aku. [dulu la weyh!] sekarang ni.. nak contact dia pun dah tawar hati. sedih kot. buat aku makin igt kat A jer. sumpah sedih. orang lain takkan tau la betapa aku sedih jika bercerita pasal A. orang lain pun takkan tau betapa kehilangan A sgt2 memberikan kesan kepada diri aku. dan orang lain pun takkan pernah tau betapa aku sengsara kehilangan A. [senyum dalam paksa]

harini.. yer harini.. dgn rasa bodoh lagi berlagak tabah.. aku bole view satu2 pic dlm album kawin si A yg diupload oleh kakak tu. aku dpt rasa, kakak tu mmg sengaja nak upload sebyk 52 keping gamba tu bulan lepas utk tontonan aku. yang rupenye ia berlaku pada harini! aku tgk album2 yg lain..takde pulak dia nak upload gambar kawen orang lain kan. and plus, si A tu pun bukannye kawan dia.. dia hanya besfren kepada suami dia.. so, what for beriya2 sgt nak upload? jadi, dgn hujah2 yg telah diberikan oleh hati yang panas ini.. menambahkan lagi kebenaran itu.. [senyum dalam paksa lagi]

tapi lg bodoh plak tindakan aku.. aku boleh pegi like album tu? rasa mcm baru lepas kena penampar, lepas tu siap kena ludah kat muka. 'apa the ikan?' rasa mcm bodoh gile sbb album2 tu diupload mmg bertujuan utk ditonton oleh aku. terima kasih la kak sbb tlg update saya ttg kisah A. atleast saya dah tau and i have to move on.. kan kak? terima kasih la kak sbb baru lepas bagi saya satu sepakan penalti yang sgt kuat dimuka serta dihati saya ni.. terima kasih yer kak.. esok2 kalau si A tu dah ade anak.. upload la pic dia 180 keping plak.. utk tontonan saye sorang.. [senyum dalam paksa lagi]

cakap la ape saje ttg aku ni. aku terima. aku seorang yang bukan mudah nak lupekan cinta aku. lebih2 lagi utk orang yg aku paling sayang, tp ditinggalkan pulak kerana orang lain. aku pernah lepaskan lelaki lain kerana tak bole lupakan A. serius bodoh punye tindakan. bukannya A akan balik pada aku pon kan? kalau berapi2 pun nak bebel kat telinga aku ni.. aku tetap takkan dengar. jgn la pernah salahkan A utk kehidupan aku yg sekarang ni. walau betapa marahnya kawan2 aku pada A.. betapa marahnya cousin2 kesayanganku pada A.. tp aku tau siapa dia. aku tau dia jodoh aku.. tapi nampaknya tindakan dia yg buat kami tak berjodoh..

nak menambahkan lagi kesengsaraan aku.. projek2 baru yg ofis aku akan handle.. semua berdekatan rumah dia.. haritu.. meeting di sana.. lalu depan taman dia.. aku rasa mcm.. ya Allah.. kuatkan la hati aku ni.. nasib baik je aku bertiga dgn staff2 ofis.. kalau tak.. ade yg aku pegi merry go round depan umah dia tu kang.. berapa tahun kot aku melarang diri aku memasuki sempadan kawasan situ.. tp tak alih2 dpt projek kawasan depan umah dia? Allah Maha Mengetahui kan? [senyum lagi] bila saat aku melalui kawasan2 itu, buatkan aku sedar, aku masih tak cukup kuat rupenye. atau dgn lebih kejam ayatnya.. aku bodoh sbb takleh lupekan dia.

kewujudan hati dalam diri kita ni sgt ajaib. Allah cipta kita sebaik2 kejadian. aku patut bersyukur, apa yang Allah beri ni.. ape yg Allah uji ni masih boleh dikawal oleh hati dan otak aku. takde pulak aku sengsara sampai terfikir nak bunuh diri kan.. atau, takde pulak aku sengsara sampai terfikir nak bunuh dia kan? eh.. tp ade juge orang kan kadang2 ckp.. "ya Allah.. kau bunuh je la aku supaya kesengsaraan aku ini dihentikan" ah tipu la tu.. tu bukan ckp dgn Allah.. tu bercakap dgn setan namenye.. kalau kita bercakap dgn Allah.. tentu2 la hati kita jadi lebih tenang. [senyum ikhlas]


1 comment: