Saturday, October 29, 2011

BILA AKU MAKAN NASI...HAT

Assalamualaikum.. takde bahan menarik harini.. keje cam tu jugak. tak penah surut. duit mcm tu jugak, tak pernah byk. haha. ape pun, Alhamdulillah utk rezeki aku. kenapa aku dpt byk tu? sebab utk kerja yg begitu. aku selalu remind adik2 aku.. (oh walhal aku takde adik), maksud aku.. adik2 sdara atau kenalan2 yg berpangkat adik.. nasihat ku berbunyi begini.. "kalau nak dpt byk duit, belajar la sungguh2. tak caye tengok ah." simple je nasihat aku. dah la simple, pastu mmg jenis tipikal punye nasihat. hahahaha. oi.. benda yg simple tu kalau elaborate, bole jadi sangat relevant okey!

aku ada seorang cousin.. dia ni takde la tahap genius E=MC2.. tapi aku salute dia, sbb dia ni rajin.. rajin belajar. time blaja kat U dulu, dia mmg sengaja extent kan tahun pengajian dia awal2 sebab dgn memanjangkan waktu belajar dari 4 tahun kepada 5 tahun, maka dia boleh membahagikan subjek yang diambil pada setiap semester tak byk sgt. tak paham? utk bagi senang paham, aku bagi jalan kerja sekali.
So kat sini, aku nak tunjukkan bahawa.. jika kurangnya subjek diambil pada sesuatu semester, maka fokus kite menjadi lebih dan markah purata kita akan menjadi lebih tinggi. jangan jadi macam aku, dulu aku extent bukan sbb nak fokuskan subjek pada satu-satu semester.. aku extent sbb aku mmg kena extent pasal tak lepas subjek. kan haru tu? kan beza tu? tp.. failure kan is the best teacher.. cewaaah. pernah dulu seorang sahabat berkata.. "kau ni bukannya tak pandai, tapi kau malas!" gosh. daripada aku form 3, smpai sekarang masih terngiang2 lagi ayat tu kat telinga aku. aku extent bukan sbb aku tak pandai. semua orang pandai. tapi, nak bezakannya.. antara rajin dgn tak je. so? terbukti.. anugerah kepandaian dari Allah tu tak berguna jugak.. kalau malas. dan tak semestinya orang yg lembab akan kekal lembab sekiranya orang tu rajin..

dan berbalik kepada nasihat aku kepada adik2 aku.. nak dpt byk duit, belajar la.. ape yg aku tengok kat cousin aku yg seorang ni.. dulu dia belajar siang malam.. tak sudah2.. aku bole siap gelar dia nerd lagi bagai.. hoho. sampai sanggup nak panjangkan pengajian sebab nak jaga pointer setiap semester.. tapi tgk la hasil sekarang.. gaji kalo tak 5 angka, jgn tanye kenape la.. tu sikit lagi cecah la tu kang 6 angka.. orang selalu cakap.. "kau bole la nak beli semua benda yg kau nak.. gaji kau besar.. tak payah dah susah payah nak carik duit mcm keje aku" chop! tp dari mane gaji tu datang? daripada susah payah time blaja dulu la beb. dulu dia dah abis curahkan sepenuh hidupnya utk belajar.. jadi, pulangannya adalah sst yg setimpal dgn apa yg dia usahakan.

tapi, kalau tak belajar? masa upsr dah main2. main2 yang tak abis lg tu bawak pule ke pmr.. terlupa form 4 honeymoon year, last2 tersungkur juga di spm.. tersungkur di kaki spm, bukan menjadi alasan utk kita terus lupakan ilmu dan pelajaran. aku pon mangsa2 tersungkur spm gak. tp aku bangun balik dgn sokongan keluarga. masa gi sambung belajar kat perantauan, baru aku sedar betapa aku perlu pentingkan pelajaran. bestfriends aku masa sekolah dapat peluang sambung belajar yg lebih baik. tapi aku? aku hanya bole ckp pada mereka "weyh.. takpe la, korang jalan dulu.. aku maybe lambat sikit. tapi walaupun perjalanan aku perlahan, aku akan catch up korang! tunggu aku tau!" cepat atau lambat bukan soalnya kan kan kan.. tapi bayangkan kalau kita tak belajar..? aku ada seorang kenalan.. dulu masa sekolah suke main2.. sampai spm.. resultnya tak berapa.. dpt sambung belajar.. tp dah susah nak masuk ilmu.. last2 kerja.. kesian pulak aku tgk dia kerja teruk2 sbb nak cari duit. setiap hari kena fikir mcm mana pula nak cari duit utk hari2 seterusnya.. 1 pesanan aku untuk dia.. dulu kau senang lenang waktu sekolah.. apa yg kau dapat sekarang ni hanyalah 'usaha' kau yang dulu.. tapi, kalau dulu kau bermula dengan susah payah belajar, aku pasti.. 'usaha belajar' kau tu akan buat kau senang lenang pula skarang"

so.. bagi aku senang je.. gaji aku sekarang.. melambangkan 'usaha' aku yang lepas. ini rezeki aku. ini nikmat dariNya. aku dah berusaha, maka ini la hasilnya. contoh perumpamaan, takkan la sedap2 aku goreng nugget dlm kuali.. tiba2 keluar jadi karipap pulak kan.. haha. aku goreng nugget.. mesti la hasilnya adalah nugget.. [oke lapar tiba2].

No comments:

Post a Comment