Saturday, October 22, 2011

JAGUNG OH JAGUNG

Assalamualaikum. selamat hujung minggu. happy weekend. dan selamat hari sabtu. boleh pulak umah aku takde bekalan air dari petang semalam sampai tengahari tadi. air mmg penting. biar takde elektrik, jangan takde air. dulu masa aku blaja di perantauan.. kawasan tu mmg selalu terputus bekalan air. kalau ade pun tengah2 mlm. bayangkan la.. siang takde air.. kalau tak mandi takpe lagi boleh buh minyak wangi 1 baldi. (oops haha), tapi kalau nak amik air semayang? tapi biasanya pun mmg kami dah spare 1 baldi utk waktu2 kritikal camtu. selalu jugak aku buat, tengah2 mlm nak ke pagi tu, dalam kul 3 or 4 pagi.. aku dah mandi siap2 sebelum tidur. pastu dlm kul 6 bangun.. siap2 boleh terus pegi kelas. yer la kan.. kang air takde lagi. baik aku mandi siap2. aku taktau orang lain pernah buat mcm aku or tak.. tapi waktu itu.. tu je reason dan tindakan yg munasabah yang bole aku fikir.. hmm.. no wonder kan orang2 yang tinggal kat kawasan pedalaman or kampung-kampung yg jaug dr bandar masih bole hidup dgn selesa walau takde teknologi moden apatah lagi bekalan elektrik. sbb bg dorang elektrik bukan keperluan. janji ada air, makanan dan tempat tinggal - Alhamdulillah!

tak, sebenarnye aku bukan nak cerita pasal air.. dah tajuk pun jagung.. kang kate aku melalut lak. kesnya, sbb pagi tadi time takde air, ayah aku ade pesan "dik, nanti bile dah ade air.. tolong rebuskan jagung yang along beli tu.. ayah nak makan". got it?

so bila air dah ade dlm tengahari tadi.. aku pun kuarkan la jagung2 tu utk dibersihkan. banyak betul lapisan yg menyaluti jagung ni. sambil aku bersihkan satu-satu.. dengan banyak semut nye la.. dgn byk kotoran2 lain yang melekat.. tebal betul lapisan luar jagung ni.. pastu dgn semut merayap2 kat tangan aku lagi..


sedang aku sibuk2 kopek 'kulit' jagung tu.. tiba2 mak aku datang dari belakang.. "uih.. cantik isi jagungnye.." aku pun tanya soalan "mak, jagung yang dah kopek ni nak kena basuh ke tak" pastu mak aku jawab "tak payah.. nanti ilang manisnya. cuma bersihkan je kotoran2 kat luar tu.. kan tengok bila dah kopek semua.. yang kat dalam tu cantik je tak kotor ape2 langsung. semut pun tak bole masuk sbb kulitnya tebal sgt"

bila mak aku cakap camtu.. sambil aku tengok perbezaan jagung2 yang belum dikopek kulit dan yang sudah dikopek kulit.. dari luar nampak tak cantik, dgn semut banyak cuba merosakkan jagung, dan kulitnya yang tebal.. tapi bila dah cabut kulitnya satu persatu.. isi jagungnya sangat cantik. kuning serta tidak disentuh oleh semut2 di luar tadi.. sama dgn manusia.. takde ruginya menutup aurat secara seluruhnya dgn cara yang betul.. malah ia adalah tuntutan agama Islam. disebalik pemakaian yang labuh, tebal, tidak jarang dan tidak mengikut bentuk badan.. terdapat satu kecantikan yang tidak dapat ditandingi..

sambil aku bersihkan baki jagung2 tu, aku terfikir lagi.. betapa jahilnya aku mempertontonkan diri utk tatapan orang lain. kenapa nak hias diri bagai nak rak hanya kerana nak gi makan kat klcici? knp nak ikut fashion terbaru yang sebenarnye mmg pelik.. kan mudah je tuntutan Islam itu. tutup aurat. tak kira la pakai apa saja utk bersukan ke, gi keje ke, gi kenduri kawen ke, gi cangkul tanah depan umah ke, tapi soalnya satu je -tutup aurat.

kerana yang pasti.. apabila kita menutup aurat. segalanya akan terjaga.
dan aku memang pasti.. jagung yang aku rebus tu, aku pasti kebersihan dan kecantikan isinya.
selamat makan jagung, ayah! ;p

semua gamba2 hasil dari pakcik gugel.

No comments:

Post a Comment