Friday, May 27, 2011

hujung bulaaaaaann...~~~!

hari ni hari Jumaat. aku pakai baju fav colour aku harini. sebab haritu, aku stress ttg berat yg tetibe naik.. bila aku timbang.. dah turun beberapa kilo balek.. maka, dgn ini aku menghadiahkan diri sendiri dengan memakai kebaya pink! hahaha. motivasi diri sendiri kan? sebelum gi keje, aku singgah CIMB kat area umah aku. gaji baru masuk kaaaan. ele, kalau gaji byk sgt takpe jugak. eh bersyukur la. alhamdulillah, ade juge aku gaji bulan ni. :) hujan yang agak renyai2 arini.. sambil berlari2 anak memakai baju kebaya pink dari kereta ke bank.. oh ade polis muda 2 orang depan bank.terus jln pelan skit. tu la perempuan. suke betul perangai control ni tau. menci i. tak la, aku memperlahankan pergerakan dgn tujuan supaya tidak terselak mana2 bahagian baju kebaya aku ketika berlari2 anak itu. selesai urusan di bank.. kuar dari bank.. encik2 polis masih di tmpt yg same. aku dgn konfiden tekan bunyi kereta dari jauh. tuit tuit. eh? ni mcm bunyi kereta dikunci. abis, takkan tadi aku tak kunci kereta? tekan skali lg. tuit tuit. ha baru betol bukak. "aih dik, tak kunci keta tadi?". sbg gadis ayu lagi comel mestilah membalas dgn sekadar senyuman je kan.. sudah. aku dah lambat gi keje tau~

di ofis, setiap hari jumaat mmg ade makan2 utk semua staff. maka telah mensavingkan bekfes dan lunch kami setiap hari jumaat. Alhamdulillah. rezeki. timaseh bos. mee rebooosss... nyam2. tapi harini aku jumpe sesuatu yang aku tak pernah tgk live. slalu aku tgk kat dlm citer kartun je ke atau kat dlm internet. ape ke pelik sgt makcik kedai ni.. bg aku makan telo denasor? taksampai hati tau aku nak mkn telo denasor ni. tau tak denasor dah pupus? lepas aku mkn mee rebos, aku belek2 telo denasor tu.. dlm hati dok kata "nak mkn ke taknak. nak mkn ke taknak" tak sampai hati la weyh. kakak2 ofis dah sengih2 tgk ketidaksampaian hati aku utk makan.. tergamak mereka menjamah telo denasor ni dgn lahapnye? uwaaaaa....

ya Allah.. maafkan aku jika aku menjamah telo denasor, spesisMU yang sudah pupus ini.. maafkan aku denasor2 sekelian.. inilah telor denasor yg aku tak sampai hati nak mkn itu..

comel gilaaaaaaaaaaaaa.... aku tak sampai hati nak makaaaaaaaaaaaaaaaannn...
hahahaha

No comments:

Post a Comment