Sunday, October 16, 2011

10 LELAKI HOT

Assalamualaikum! entry versi tengah malam. baru lepas minum minuman peberet sepanjang zaman, neskepe! maka dgn itu terhasil lah bait2 yg tak brp nak indah di entry ini. 10 ciri-ciri lelaki hot yang bole buat perempuan [sebenarnye aku nak ckp diri sendiri :P] teruja + cair.

10. lelaki berkaca mata [aku fokus kepada : dgn ini bahawasanya dia mungkin rajin membaca walaupun mungkin dia pakai cermin mata disebabkan byk main PS2]

9. lelaki berbaju melayu lengkap [tapi tak pakai sampin] - aku pun tak paham knp. dah, jgn tanya. mungkin perasaan itu adalah lebih kurang sama dgn apabila aku tanya kawan2 lelaki, mereka kata suka tgk perempuan berbaju kurung kerana nampak lebih ayu. tapi... lelaki ayu? ok next.

8. lelaki terer bermain gitar. ah tak kisah la suara dia sumbang or tak.

7. lelaki pengkamera. huh? apakah? maksudnya lelaki yang gila lensa kamera. dari dulu mmg aku rasa lelaki2 yg meminati bidang fotografi adalah sgt hot! ok sampai situ je hujahnya. next.

6. lelaki tinggi! aku terpaksa kata ini sbb aku tinggi. jadi, utk perempuan yg tak hot mcm aku, sgtlah rasa lelaki tinggi itu hot.

5. lelaki yang tidak merokok! [tepuk tepuk tepuk pengakap!] kan rokok tu bahayakan kesihatan. bukan saje utk dia. malah utk diri aku. lelaki hisap rokok mmg hot. hot pasal asik terbakar berasap je.

4. lelaki yang suka kanak2. aku akan sengetkan kepala tanda diri sedang cair apabila melihat lelaki2 BUJANG melayan sikap kanak2 dgn tanpa sebarang perasaan negative. yer la, aku kena ckp bujang.. pasal lelaki dah kawin dan ada anak definitely mmg akan syg anak2nya.

3. lelaki yang menghormati orang tua dan dalam kesusahan. ehem. bukan sahaja kepada orang tua di dalam keluarga tetapi sesiapa saja kat luar sana. bole cair kot tgk lelaki yg tiba2 berhentikan kereta sbb nak tlg makcik buta melintas jln. [ok, mcm dlm drama tv pulak :P]

2. lelaki yg boleh jadi kamus aku. "awak, ayat Al-Quran ape yg patut diamalkan utk kecantikan?" tanya aku dgn ghairah. jawabnya pula "bacalah surah yusuf.. tapi jangan la baca sebab utk kecantikan je. kan Al-Quran tu adalah petunjuk kepada manusia. takkan la bile nak murah rezeki, baru nak tanye ayat ape nak baca. takkan la bile nak tenangkan hati nak exam, baru nak cari ayat ape nak baca." -____- dush! mcm baru lepas kena tumbuk rasanya.

1. ala malu la nak cakap. :P haha. lelaki paling hot yg bole buat aku teruja adalah, lelaki2 yg aku selalu tgk gi masjid tak kira time gi klcici ke, time beriadah ke, time panjat gunung ke [gunung ade masjid?]


sekian sahaja carta top 10 dari aku utk lelaki2 hot di luar sana!

No comments:

Post a Comment