aku ni tak sempurna tau? aku tau aku banyak kelemahan. dan aku sedar. tapi aku ego utk mengakui kelemahan aku. sebab aku dah serik kerana terlalu menjadi baik hati dulu. biar susah hati pasal takde makanan, biar stress sbb jawab exam, biar tension pasal banyak kerja, biar bengang tgk kereta accident, tapi bg aku.. jgn makan hati sebab bercinta. aku boleh jadi seorang leader yang baik, ketua kelas yg bertanggungjawab serta penjaga duit tabung yang amanah. aku berkebolehan menasihati orang lain dan memberi pandangan yg bernas. itu orang yang kata. mereka kata bila bekerja ttg sst yang aku suka, aku jadi terlalu inginkan kesempurnaaan. tapi, jangan uji aku bila soal cinta. aku gagal. gagal dengan markah 0%.
aku mengaku, aku terlalu mengharap seorang lelaki yang sempurna utk aku. tapi, mana la bole kan.. kalau diri sendiri tak sempurna.. bukan sekali dua aku pernah berpasangan. tapi lebih 5 kali. aku boleh jawab dengan confident knp hubungan itu tak kekal. mesti la sebab aku. sbb aku tak sempurna. aku sangat sensitif. aku mudah terasa. hati aku susah dijaga. hati aku mudah terusik. air mata aku sgt murah.
tapi, aku tak mcm ni dulu.. 9 tahun lepas.. aku tak pernah berkira.. aku tak pernah kisah.. aku tak pernah meminta2.. dan kadang2 aku rasa, biar betik.. kata berpasangan.. tapi call sebulan sekali? msg 2 minggu sekali? apatah lagi nak jumpa. mau 4 5 bulan sekali. gile ke ape? nak kate jauh, bukan jauh sgt sampai ke london pun.. tapi aku tak penah kisah pun sbb itu la 1st time aku terima seseorang dlm hati aku. aku bgtau kat diri sendiri, mungkin camni kot caranya bercinta. haha. aku tak pernah bising. cuma kadang2 terselit kat hati. aku ni siapa padanya?
aku tak macam ni dulu.. setiap pasangan aku punyai tingkah laku dan perwatakan yang berbeza. setiap kali itu juga, aku perlu belajar menerima dan memahami mereka. tapi nampaknya aku gagal. dia ini kata : saya dah takde hati dgn awak. dia itu kata : takyah la awak tunggu saya, takkan ada apa2 yang berlaku antara kita lg pasni. dia yang sana kata : saya nak sambung blaja, takbole concertrate. sorry. setiap dia ini, dia itu, dia yang sana kata... aku dah berusaha yang terbaik utk mereka. pengalaman dengan mereka menjadikan diri aku yang sekarang. yang sgt lemah dgn cinta. yg sgt gagal bila berhadapan dgn cinta. aku mengaku.. aku dah putus asa selepas DIA. DIA yang satu itu.
maafkan aku wahai lelaki2 selepas DIA. kerana dia, kesan buruknya aku lemparkan kepada lelaki2 selepas DIA. kerana DIA, aku tidak menerima sesiapa. kerana DIA, menjadikan aku sgt rapuh. menjadikan aku tidak percaya lelaki. menjadikan aku sgt putus asa. menjadi aku menolak cinta orang.
maafkan aku jika kau adalah orang selepas DIA. aku sensitif, setiap ayat2 kau mungkin mengguris perasaan aku walaupun ianya hal kecil. aku mudah terasa hati. setiap perbuatan kau mungkin memberi kesan kepada aku. aku cepat marah. setiap kata2 dan perbuatan kau mungkin mengundang marah aku tanpa sedar. aku mudak merajuk. setiap tindak tanduk kau mungkin akan diakhiri dgn rajukku. aku mudah mencari kesalahan kau. setiap perbuatan kau mungkin menjadi punca pergaduhan walaupun ianya kecil.
jadi, nasihat aku.. jauhi aku. sebelum kau pula yang kecewa. hindari aku. sebelum kau pula yang merana. dan aku.. biarkan aku dgn cara aku. terus begini utk sst yang tak pasti. takkan pernah ada orang yang akan faham aku. takkan pernah ada orang yang tau situasi aku. ya.. aku tak sempurna. jadi, jangan dekati aku.. aku rasa, aku bukan perempuan yang layak utk dicintai dan menyintai. aku ego, keras kepala dan degil.
jika harini aku jatuh cinta pada kau, aku tau kelak aku akan menyusahkan kau dengan segala tingkah laku aku. jika harini aku menyayangi kau, aku tau kelak kau akan kecewa dgn perangai aku. dan jika harini kau jatuh cinta pada aku, sedar la sekarang, aku akan menyusahkan kau kemudian. dan jika harini kau menyayangi aku, aku pasti dan sedar kau juga yang akan tinggalkan aku kerana perangai aku.
biar orang kata aku bodoh. aku terima. ini diri aku. perasaan aku. hati aku. akal aku. cinta aku. kasih aku. biarlah tanggungjawab aku utk menjaganya. hak milik kekal aku.
No comments:
Post a Comment