Tuesday, March 13, 2012

Angan-Angan, Cita-Cita, Impian, Harapan

Assalamualaikum. Hi. Have a great Tuesday yaw. Haha.

Ape beza angan-angan, impian, cita-cita dan harapan? Basically pada dasarnya, pada aku sama je. Aku bercita-cita nak gi makan char kuew tiow malam ni. Takde bezanya kalau aku cakap, aku berangan nak makan char kuew tiow la mlm ni.. tapi yg buat ianya jadi berbeza adalah dah segi cara penyampaian dan istilah yg akan difahami oleh orang yg mendengarnya. Bila seseorang bercita-cita, ia kedengaran seperti mempunyai keazaman yang tinggi utk mencapainya, sebaliknya jika seseorang itu berangan, ia adalah sst yg mungkin; atau hanya sekadar berpotensi akan berlaku atau tidak akan berlaku langsung. “berangan lah kau!” takde pulak org ckp “bercita2 la kau!” haha

Seumur hidup kita, dari kite lahir sehingga umur yang sekarang ni, opkos kite semua dah melalui kesemua perkara2 tersebut. Aku pernah berangan, aku pernah bercita2, aku selalu dan masih berimpian dan pastinya aku sentiasa meletakkan harapan dalam hidup aku.

Dulu waktu skola, aku dan bff(s) selalu berangan dapat duduk rumah sewa sama2 dan menikmati kehidupan dewasa yg seperti kami impikan. Haha. I don’t know exactly how the idea comes out.. really miss my old days. Dan dulu, dari kecik kite mmg diajar utk bercita-cita tinggi. Samada di sekolah atau kat umah. “dah besar nak jadi ape eeeeh” asal ade jawapan jer la.. Superman, cikgu. Aku rasa byk cita2 aku masa kecik sampai ke besar. Kalau korang rasa ape yg korang buat utk mata pencarian korang sekarang masih sama dgn ‘angan-angan’ dan ‘cita-cita’ korang dulu, that’s mean u are in the right track. Tahniah.

Sekarang, bila aku dah kurang berangan dan bercita-cita.. diri aku byk lebih meletakkan kepada impian dan harapan. Bila sesuatu yang aku citakan contohnya seperti jadi lepasan graduan Univ, then kerja utk menyara hidup, perkara2 tu telah aku capai; jadi aku mula menanam impian dan harapan. Bukan bermaksud aku dah berhenti bercita-cita dan berangan. It’s a good thing u know bila kita bercita2 dan berangan dan kite berusaha utk mendapatkannya.

Sejak dua menjak ni, satu perasaan impian dan harapan yg sgt besar mula terjah sambil main loncat2 dlm otak aku. Sometimes, ia beri kesan yg baik pada aku. Tapi sesetengah waktu, tak sangka pula impian dan harapan ni boleh menyemakkan otak aku. 1 word yang sgt mudah tapi sgt susah nak diterjemahkan. Kahwin.

Ia merangkumi semua perkara yg aku sebutkan; angan2, cita2, impian dan harapan. All for one, one for all. Aku sgt mengimpikan sebuah perkahwinan yang sempurna. Tapi utk dptkan sebuah perkahwinan yg sempurna, perlu ada sebuah perhubungan yang kukuh. Tapi, utk mengekalkan sebuah perhubungan, tak semudah yg disangka. Hanya impian dan harapan sajelah yg aku ada utk buat aku terus berangan2 dan bercita-cita. Aku rasa, jika impian dan harapan aku ni mula pudar dan musnah slow2, mungkin angan2 dan cita-cita aku kearah itu turut terhenti. Bunyi mcm org putus asa je oi?

Jika impian dan harapan aku ni mula pudar, mungkin aku akan berangan-angan dan bercita-cita yg baru utk mencipta impian dan harapan yang lain pulak. Impian dan harapan takkan pernah hilang, tapi bagaimana cara kita untuk mendapatkannya. Good luck in chasing yours.

Monday, March 5, 2012

Makhluk Allah Paling Sempurna..

Assalamualaikum. Hai. selamat bulan Mac utk semua aku. Tahun 2012. Dah masuk bulan ketiga okay? Ape pencapaian yg aku dah kecapi utk waktu yg dah masuk suku tahun ni? Satu-satunya pencapaian yg dah aku capai dengan jayanye adalah, aku dah berumur 18 tahun 5 bulan 14 hari rahsia. Itu mmg satu kesyukuran sebab masih dipanjangkan usia.

Well… manusia tak sempurna kan? Dikalangan manusia, mmg la kite tak sempurna.. tapi di antara makhlum2 lain, manusia adalah yg paling sempurna.. tapi makhluk yang sempurna ni mmg byk songehnya ceritanya.. ada penah tengok kucing gaduh laki bini depan kaunter wayang pasal sekor nak tengok citer A Killer Cat, sekor lagi nak tgk A Romantic Cat..? omak aih. Pengsan den kalau ni berlaku. Ade penah tengok semut tolak2 naik bas sambil maki2 semut2 di depannye? Mungkin ade, pasal semut kecik tak nampak. Penah tengok angsa gi shopping bulu bulu kat pavilion? Esok nak pakai bulu kaler pink, lusa nak pakai bulu kaler kuning.. bulu ngan contact lense nak kena same kaler, kalau tak, angsa jantan taknak ngorat. [face palm]

Mari kita selongkar kisah makhluk2 sempurna pula.. aku mmg ada masalah memahami lelaki seperti mana lelaki bermasalah memahami wanita. Memang aku tak nafikan, wanita sgt complicated. Dari bahan bacaan kat internet, sampai ke buku, aku selongkar utk memahami lelaki. Majority jawapan yg aku jumpa, lelaki adalah makhluk Allah yang ringkas, tak cerewet dan mudah. Berbanding dgn kenyataan utk wanita, makhluk Allah yg rumit dan susah nak difahami. Hmm.. hmm lagi..

Lelaki dijadikan utk melindungi, menjaga keselamatan, memberi nafkah, menjadi penyelesai masalah.. tapi kelemahan lelaki adalah gagal memahami makhluk tuhan yang sempurna yang bergelar wanita.. hmm, bagi aku fikir kejap. Aku boleh terima tentang penyelesai masalah. Cuba bagi 1 situasi masalah kepada lelaki, mereka takkan bertanya atau bercerita bagaimana kejadian itu berlaku atau kesan2nya, mereka akan terus berikan penyelesaian. Baru2 ni aku ikut sorang kawan wanita aku ke satu majlis yg tak berapa aku suka. Sambil mengadap majlis tu, aku sebok main message dgn encik A. sambil bercerita betapa aku tak suka majlis itu, serta org2 yg membosankan di majlis itu.. encik A hanya bagi 1 ayat “takpayah dengar, tido je”. Aku baca mesej tu then buat muka pelik. Ok, cuba bayangkan pula jika aku bermesej dgn rakan wanita. Tentu2lah mesej2 yg kawan aku reply akan berbentuk seperti “sape je yg ade kat majlis tu? Aaron aziz ade tak? alah, kau borak2 la dgn org sebelah2.. tu la, sape suruh tak bawak aku” hmmm…Cerita la apa saje pada rakan2 wanita anda, tapi carilah lelaki jika nak penyelesaiannya sbb lelaki bukan pendengar yg baik, tapi mereka berkebolehan menyelesaikan masalah tanpa berborak selama 2 3 jam di starbuck atau di telefon. Aku benci statement ini. Mekasih.

Logik wanita sgt rumit. Biar aku terus terang, kebanyakan wanita tak berapa memahami diri mereka sendiri. Itu kenyataan yg paling aku benci. Sumpah aku taknak terima fakta itu. Kalau bawak bergaduh pun, mmg sanggup aku akan pertahankan wanita. sebab aku pun selalu mcm tu. Manusia punyai ego. Ego lelaki kerana mereka adalah lelaki. Tapi, ego wanita lain macam sikit. bila wanita kata sesuatu, kebiasaannya ia akan membawa maksud sebaliknya. jika anda wahai encik lelaki telah membuat seorang cik wanita terasa hati, wanita akan sentiasa mengelak jika ditanya samada ada ape2 masalah atau tak. "awak okay ke?" "yer, saya okay" ya, kami tipu! kami, wanita nak anda kaji dan carik sendiri ape yg tak kena dgn kami yg disebabkan oleh tindakan anda. "awak marah saya ke?" "tak la.. kenapa pulak saya nak marah" ya, kami tipu lagi.. kan dah ckp tadi. itu soalan perangkap supaya encik2 lelaki berfikir2 sendiri ttg 'kenapa saya marah' itu. tapi, bagi lelaki kan tu mudah je. okay means okay. tak marah means tak marah. sudahnya, wanita makan hati. huh.

utk sebuah kisah cinta yang abadi, aku selalu berharap aku boleh cakap mcm ni..

“saya nak lelaki yg rendah diri serta bijak, lucu dan romantik. Dia mestilah beriman dan dapat membimbing saya. dia juge mestilah sensitive dgn perasaan dan tingkah laku saya serta lemah lembut. Yg paling penting sekali, dia mestilah selalu ada utk support saya. Saya nak dia sentiasa berada disisi saya. dia juga perlu menghormati ibu bapa dan keluarga saya. saya nak lelaki yg memahami kerjaya dan kesibukan saya bekerja, jadi dgn itu dia boleh membantu saya membuat kerja2 rumah nanti. Kalau dia minat kucing pun bagus juge. Dan, mungkin dia boleh bermain muzik bila saya kebosanan. Saya tak kisah dari segi rupa atau kewangannya, tapi jika dia emsem mcm aaron aziz atau kaya mcm anak Dato’.. itu adalah satu bonus!”.

Hmm.. cik wanita2 sekelian.. jika inilah cinta dan harapan yg anda harapkan dari seorang lelaki, ini hanyalah berlaku dlm movie. Ia tak realistic dan takkan pernah berlaku. Cinta lelaki tak macam cinta wanita. Cinta lelaki sgt mudah dan ringkas.. lelaki yg menyintai anda mungkin takkan call or mesej setiap setengah jam utk bagitau I love u. dia takkan duduk melayan anda berjam2 dan berborak ttg bagaimana rakan baik anda menipu anda. Dia takkan beritahu anda kesusahan dirinya atau keluarganya.. sekiranya kita para wanita tau bagaimana cara lelaki menyintai wanita, mungkin sebenarnya lelaki kat depan kita semua dah berikan segala2nya pada kita. Cuma kita je yg taktau. Atau buat2 taknak tau. Seperti aku, yg taknak terima kenyataan ini. Huh.

Aku bg kredit pada Hasnah M Daud kerana menterjemahkan buku karya Steve Harvey : “Act Like A Lady, Think Like A Man” . aku dah katam 2 setengah kali. utk mane2 wanita yg terbaca entry aku ni, mungkin ade yg takleh terima, mungkin ade yg boleh. tapi mmg inilah hakikatnya. utk lelaki, aku tak backup y'all okay! next time, maybe.. aku akan citer pasal mcm mana cara lelaki nak paham wanita pulak. tu pun kalau aku tak bz memahami makhluk2 Allah paling sempurna yg bergelar lelaki..

Thursday, February 2, 2012

Cause I'm Leaving..

Assalamualaikum.. apabila hati seseorang wanita telah dicuri.. ia takkan berpaling pada yang lain lagi.. apabila hati seseorang wanita telah diusik.. ia takkan membenarkan hatinya utk org lain lagi.. dan apabila hati seseorang wanita telah disentuh.. walaupun perit utk diterimanya, hatinya mmg akan sentiasa utk si dia yang satu..

utk si dia yang satu.. aku tinggalkan kau utk sementara. benarkan aku cari ketenangan diriku. benarkan aku muhasabah diri. dan aku benarkan kau cari ketenangan diri kau, aku benarkan juga kau muhasabah diri kau.

utk si dia yang satu.. kalau hari itu adalah hari terakhir kita berjumpa.. aku doakan kau yg terbaik.. kalau peristiwa itu menghantui diri kau.. aku harap ia takkan berulang lagi utk kau.. dan kalau diri aku adalah punca segala-galanya.. aku doakan kau akan buat pilihan yg bijak akan dtg..

utk si dia yg satu.. aku tinggalkan kau utk sementara.. kalau aku tak pulang.. simpan saje kenangan kita.. dan kalau kau tak pulang.. aku akan simpan saje kenangan kita.. terima kasih..

aku akan berusaha utk takkan mengganggu hidup kau lagi.. :)

cause i'm leaving on a jet plane...
dont know when i'll be back again..

Tuesday, January 24, 2012

It's Not Worth It..

Assalamualaikum~ dlm dunia ni, kita selalu abiskan duit utk sesuatu yang tak perlu.. atau belanjakan duit utk sst yg melebihi dr kemampuan kita.. atau.. buat sst tindakan yg takde faedah pun.. adakah ia berbaloi?

dulu ade dlm iklan kat tv.. tapi aku tak igt iklan pebenda tah.. antara parking valet dan parking biasa.. parking biasa RM4 per entry, tapi parking valet RM20.. kau masuk tmpt valet parking, buat muka ala2 berlagak skit, kau benti then kau bagi kunci.. pastu kau tengok kereta yg masuk ke parking biasa same je dgn entrancenya dgn parking valet.. malah kau boleh pilih2 lagi nak park kat mane.. cuma kebaikan valet is.. kau tak perlu nak jln jauh2 carik keta eh kejap kat B1, kejap kat B2 ke.. tapi rupe2nye keta kat kat B3.. berbaloi ke nak byr sesuatu bernilai 5 kali ganda utk benda2 yg sama yg bole dpt harga biasa? kau parking valet ; result = kau dpt parking. kau parking biasa ; result = kau still boleh dapat parking. lebih baik duit lagi 16 hinggit tu buat makan MacD.. atau ciken rice shop.. atau.. nasi lemak mak kiah..

kau ade boyfriend hemsem gile ala2 kpop siap rambut nak cacak2.. sayang bagai nak rak tak hengat dunia, kehulu kehilir same2.. tayang kat sume kawan2 fesbuk, bajet kau comel macam hana tajima dpt mamat hemsem mcm....... (ok aku tinggalkan ruang tu). tiba2 kau find out bf kau rupenye ade gf lain muka ala2 megan fox.. kau rasa dunia kau hancur, takde makna nak jalani kehidupan alam fana atau alam maya ni.. sebab kau sayang gila dgn bf kau, kau rasa tak boleh hidup di atas muka bumi ni.. lalu kau bertindak utk menamatkan zaman bujang hidup kau.. bajet emo nak toreh2 tangan bagai.. tulis status fb selamat tinggal dunia bagai.. tapi sebenarnye kau lupa, belum tentu kau boleh hidup atas syurga.. berbaloi ke semua tu? lebih baik kau bukak minda, dan redha bahawa manusia mmg telah dijadikan utk hidup berpasangan.. jika mamat-bajet-kpop itu bukan utk kau, kau mungkin akan dpt Imam Mudaaaaa~

kau ni pantang tengok duit.. sanggup buat apa saje utk dptkan duit.. kalau kerja teruk2 tapi halal utk dpt duit, takpe la jugak.. tapi sanggup rembat rete orang lain jadi rete kau.. gi curik motor la, gi ragut minah kilang la.. gi rompak kedai emah Ah Ben la.. time dapat mmg la seronok, tapi keselamatan diri? buatnya kena langgar kereta time rompakan bersenjata itu, atau kena kejar ngan org kampung siap kena belasah sbb ragut beg Gucci anak ketua kampung.. berbaloi ke nak gadaikan nyawa utk semua tu? silap2 boleh check in penjara bbrp tahun.. berbaloi ke pertaruhkan masa dan usia muda utk semua tu dan main guli di penjara? lebih baik jual burger dpn kilang tupperware dpt juge mengorat minah2 kilang.. kalau taksub sgt jadi hamba kepada duit, baik kau main where's the money drop secara online.. takpun kau main monopoly.. rasa kaya sepanjang masa..

................................

kau pernah ada bf.. hubungan yang agak lama dikekalkan.. semuanya dirancang dengan baik utk bbrp tahun.. masa depan yg telah dipastikan kecerahannya.. keluarga masing2 telah merestuinya.. kau rasa itulah jodoh yg terbaik utk kau.. kau fikir dialah bapa kepada anak2 kau kelak.. dan kau sgt yakin dialah jodoh yg telah ditentukan utk kau sejak azali.. tapi entah kat mana silapnya, si bf berpaling tadah.. hubungan yang agak lama itu tak dpt dipertahankan.. janji yang satu itu musnah serta merta.. kau tak pasti kenapa.. kau terlalu mengharapkannya kembali.. kau melarang sesiapa yang menyalahkan dirinya.. bagi kau, dia adalah jodoh kau.. tetapi baginya, kau bukan jodohnya.. kau kerap menyalahkan diri sendiri dan menganggap perpisahan itu adalah salah kau.. sejak dia melangkah pergi dari hidup kau, tak pernah ada satu hari yang tertinggal bahawa kau masih dan sentiasa berharap dia akan kembali..kehadiran orang2 baru dlm hidup kau gagal utk mengubati hati kau. sesungguhnya kau telah menutup sepenuhnya hati kau utk orang lain. kerana bagi kau, harapan sentiasa ada utk dia kembali.. tiba2 selepas beberapa ketika, kau terima berita dia sudah menjadi milik orang lain.. bukan sahaja milik orang lain tetapi sah sebagai jodoh kepada orang lain itu.. sst yang pernah kau impikan bila bersama dia dahulu.. dan kau rupa-rupanya................. masih penuh rasa kebodohan menunggu dan berharap dia akan kembali.. It's Not Worth It isn't?

If This Was a Movie... <3

Monday, January 23, 2012

Life is like a Movie...

Life is like a movie... Hidup macam dalam drama.. Salah weyh.. Movie dan drama tu yang dibuat berdasarkan hidup manusia di alam realiti~ huh.. berapa kerapkah berlaku sesuatu situasi dan tiba2 kita akan cakap "weyh, macam dalam drama la!" bagi aku, selalu je aku cakap camtu.. dari apa yg aku lihat, dari apa yg aku alami, dari apa yang aku hadapi.. "hidup mcm dlm drama la~!" atau patut aku ckp bila aku tgk drama... "oi mcm life aku la!" haha.

haritu, waktu dalam kereta, aku dgn ayah.. aku mmg byk habiskan masa dgn ayahnda tercinta sbb aku anak ayah.. dan emak ofcoz! that time keluar kat radio lagu Hitam Manis yang telah diberi nafas baru oleh encik Filsuf. sorry.. aku tak kenal mamat ni.. member of ahli fiqir kah? then ayah aku pun mula bersuara.. "bila dgr lagu ni, ayah ade 1 cerita...."

utk pengetahuan.. ayah aku berkulit agak gelap.. so aku tak pasti dia terasa hati bila dgr lagu tu or tak.. dan ayah aku punyai kembar seiras.. damn seiras! sbb dulu kecik2 aku selalu tersalah peluk/panggil/tarik kaki dan sbgnye.. tapi, Allah lebih sayangkan kembarnya.. arwah pakngah aku........... -silent moment pls-..................

berbalik la citer ayah aku tadi..

"dulu masa kat sekolah rendah.. kawan2 kat sekolah semua ejek kami 2 budak hitam.. yer la, semua pandang rendah.. kulit hitam sgt.. masa tu depan skolah ada sorang pakcik jual kuih, nama dia Pak Itam Kundas (kundas is sejenis makanan mcm cekodok. boleh kategori family cucur).. masa tu kami berdua rasa rendah diri sgt sebab kawan2 yg lain ejek kami mcm pakcik jual kuih tu.. dulu masa sekolah, ayah selalu dpt no 3 jer dalam kelas.. samada 2 atau 3 jer, mmg takkan dpt no 1 atau takkan pernah dpt nombor lain.. disebabkan selalu dipandang rendah, ayah tekad utk buktikan pada semua orang bahawa ayah mampu utk menjadikan lebih daripada mereka.. baru2 ni ayah ade terjumpe balik dgn classmate ayah masa skolah rendah dulu.. dia bukak bengkel kereta.. kesian ayah tgk dia, kerja teruk2 sekarang. dia ckp pada ayah.. wah, kau dah pakai mercedes la skarang.. untung la kau... aku sampai bila2 pun berangan je la dpt pakai.. sebab tu bila dgr lagu ni.. ayah teringat betul apa yg dorang ejek dulu.. tapi ayah senyum aje la sebab usaha ayah dah terbukti sekarang"

aku cuma ada 2 beradik.. aku dibesarkan dalam keadaan yang agak selesa walhal sebenarnye parents aku telah hidup dlm penuh kesusahan sebelum itu kerana ingin memastikan kehidupan yg selesa utk anak2 mereka.. thanx ayah dan emak.. hidup macam dalam drama..bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian..

bila kite tonton wayang atau drama.. kite tentu akan mempersoalkan "eh? ade ke orang mcm ni dlm dunia ni? teruknya?" atau "hisy.. family ape mcm ni.. takkan la biar anak mcm tu" atau "takkan la ada suami sanggup buat isteri dan anak dia mcm tu? tipu lah cerita ni" atau "gile ke ape terjun bangunan semata2 kerana cinta? pengarah ni fikir logik ke tak bila buat citer ni?" ok, first thing first.. tu kan cerita je, tak payah nak emo sgt bole tak? haha. and 2nd thing.. memang kebanyakkan cerita akan meletakkan note : hanya rekaan semata2, tiada kaitan dengan hidup atau pun yang telah meninggal dunia.. tapi rekaan2 yg mereka buat tu dah tentu2 lah dari persekitaran manusia di bumi ni.. (sila la ketepikan cerita harry potter, twilight, lord of the ring mahupun sponge bob serta yang sewaktu dgnnya )

bak kata Taylor Swift.. If This Was a Movie... tu pun kalau~

life is like a movie.. and i'm creating my own movie through my own life - jari jemari pink-

Ready.. Action... and Cut!

Friday, December 23, 2011

MERRY GO ROUND


Assalamualaikum.. tajuk tu simbolik jer~ sebenarnye aku nak sebut 'what goes around comes around'. lebih kurang je bunyinye. dan lagipun, merry go round kan pusing2. menurut SINI , ia bermaksud : "The status eventually returns to its original value after completing some sort of cycle" yang bermaksud sesuatu keadaan yang akan kembali ke bentuk/keadaan asal selepas melengkapkan/melalui sesuatu kitaran..byk persepi maknusia dan paknusia anggap benda tu mcm karma kepada sesuatu kejadian.. hmm.. boleh diterima la kot either it is a bad or a good situation. harini, aku nak citer pasal my own merry go round, but in a good situation..

dulu aku belajar kat 1 IPTA.. pada aku, merantau kat tempat orang mcm sesuatu yg menyeksakan, tambah lg bile persekitaran tempat tu takde fasiliti dan kemudahan yg memuaskan utk student mcm aku. pengangkutan susah, atm machine jauh, hypermarket jauh.. [ha tgk tgk contoh org tak bersyukur] tapi the only postive thing yang jadi pada aku adalah, aku takde masa nak layan hiburan, atau perasaan atau segala pejadah yang dipuja sgt oleh student2 kat bandar2 besar. fokus aku pada study je [ok tipu sikit mungkin ade kelaut jugak]. walaupun IPTA tu tak sehebat/segah/semewah/selengkap IPTA2 besar yang lain, tapi aku berjaya keluar dgn result yg membanggakan. dlm dok kutuk2 pak guard, mak guard, makcik kantin, penjaga koperasi, makcik cleaner dan segala macam orang di IPTA tu, tapi aku tetap berbangga kerana diberikan pendidikan di sana..

lepas aku keluar dari IPTA yg satu itu.. aku sambung ke IPTA lain pula.. suasana yang totally different, maklumla dah versi kebandaran~ tapi sekarang aku dah keje.. baru2 ni tmpt keje aku dpt 1 projek baru.. Alhamdulillah.. ada projek, tanda masih ade rezeki aku di office ni.. projek pembangunan utk pertambahan asrama dan bangunan di IPTA.. and guess what, IPTA yang aku dok kuttttukkk sgt dulu... aku la yang first volunteer nak handle projek tu coz.. heelooo.. tempat aku blaja.. tempat aku menangis terduduk hadap final exam, tempat aku main cinta kolej (blueeek) ofcoz la aku tau selok belok ruang dan kawasannya kan..

so aku terfikir.. dulu aku blaja payah2 kat sane.. timba ilmu bagai nak rak kat sane.. gelak ketawa dgn rakan2 kat sane.. dan sekarang, sampai 1 masa, IPTA itu perlukan khidmat aku seperti mana ia telah mencurahkan khidmatnya padaku dulu.. projek pertambahan bangunan asrama bermakna akan buka peluang pada lebih ramai student di situ.. dan aku berharap 1 hari nanti, student2 yg tinggal di building baru tu, akan berikan khidmat mereka jugak. see? merry go round isnt?

kawan aku pun pernah citer hal lebih kurang same.. biasa la kan, budak tahun akhir mesti la wajib rasa nak pecah kepala pasal nak siapkan final project.. haruslah kelangkabot sibuk jumpe lecturer or mentor masing2.. dan sangatlah memerlukan reference dari orang2 luar utk lengkapkan kajian soal selidik.. kan kan kan.. cerita dia simple je.. dia perlukan reference dari seseorang utk satu projek pembinaan. once dia dah jumpe dgn that person incharge, that person siap cakap "i dah lama tunggu samada ade tak mane2 student yang nak datang jumpe i, nak tanye ape2 or soal selidik utk final project.. coz dulu masa i buat final project, i dibantu oleh seseorang yg sgt helpful.. so i rasa this time.. i pulak nak tolong mane2 student yg nak siapkan final project" see? merry go round isnt?

Allah kata itu qada' dan qadar serta ketentuan.. dont expect other people to be nice kalau diri sendiri tak reti nak bersopan pada orang lain, jgn la harap org lain nak hormat kita kalau diri sendiri tak reti nak hormat org lain,and jgn nak hadap sgt layanan org kalau diri sendiri tak reti nak layan orang lain.. see? merry go round isnt?

nah, aku bg 1 video motivasi yang sgt bermakna utk merry go round dalam hidup korang. nak pasang time layan naik merry go round pun boleh, tp mcm tak kena je la.


so, start to be nice, sahabat!

Saturday, October 29, 2011

BILA AKU MAKAN NASI...HAT

Assalamualaikum.. takde bahan menarik harini.. keje cam tu jugak. tak penah surut. duit mcm tu jugak, tak pernah byk. haha. ape pun, Alhamdulillah utk rezeki aku. kenapa aku dpt byk tu? sebab utk kerja yg begitu. aku selalu remind adik2 aku.. (oh walhal aku takde adik), maksud aku.. adik2 sdara atau kenalan2 yg berpangkat adik.. nasihat ku berbunyi begini.. "kalau nak dpt byk duit, belajar la sungguh2. tak caye tengok ah." simple je nasihat aku. dah la simple, pastu mmg jenis tipikal punye nasihat. hahahaha. oi.. benda yg simple tu kalau elaborate, bole jadi sangat relevant okey!

aku ada seorang cousin.. dia ni takde la tahap genius E=MC2.. tapi aku salute dia, sbb dia ni rajin.. rajin belajar. time blaja kat U dulu, dia mmg sengaja extent kan tahun pengajian dia awal2 sebab dgn memanjangkan waktu belajar dari 4 tahun kepada 5 tahun, maka dia boleh membahagikan subjek yang diambil pada setiap semester tak byk sgt. tak paham? utk bagi senang paham, aku bagi jalan kerja sekali.
So kat sini, aku nak tunjukkan bahawa.. jika kurangnya subjek diambil pada sesuatu semester, maka fokus kite menjadi lebih dan markah purata kita akan menjadi lebih tinggi. jangan jadi macam aku, dulu aku extent bukan sbb nak fokuskan subjek pada satu-satu semester.. aku extent sbb aku mmg kena extent pasal tak lepas subjek. kan haru tu? kan beza tu? tp.. failure kan is the best teacher.. cewaaah. pernah dulu seorang sahabat berkata.. "kau ni bukannya tak pandai, tapi kau malas!" gosh. daripada aku form 3, smpai sekarang masih terngiang2 lagi ayat tu kat telinga aku. aku extent bukan sbb aku tak pandai. semua orang pandai. tapi, nak bezakannya.. antara rajin dgn tak je. so? terbukti.. anugerah kepandaian dari Allah tu tak berguna jugak.. kalau malas. dan tak semestinya orang yg lembab akan kekal lembab sekiranya orang tu rajin..

dan berbalik kepada nasihat aku kepada adik2 aku.. nak dpt byk duit, belajar la.. ape yg aku tengok kat cousin aku yg seorang ni.. dulu dia belajar siang malam.. tak sudah2.. aku bole siap gelar dia nerd lagi bagai.. hoho. sampai sanggup nak panjangkan pengajian sebab nak jaga pointer setiap semester.. tapi tgk la hasil sekarang.. gaji kalo tak 5 angka, jgn tanye kenape la.. tu sikit lagi cecah la tu kang 6 angka.. orang selalu cakap.. "kau bole la nak beli semua benda yg kau nak.. gaji kau besar.. tak payah dah susah payah nak carik duit mcm keje aku" chop! tp dari mane gaji tu datang? daripada susah payah time blaja dulu la beb. dulu dia dah abis curahkan sepenuh hidupnya utk belajar.. jadi, pulangannya adalah sst yg setimpal dgn apa yg dia usahakan.

tapi, kalau tak belajar? masa upsr dah main2. main2 yang tak abis lg tu bawak pule ke pmr.. terlupa form 4 honeymoon year, last2 tersungkur juga di spm.. tersungkur di kaki spm, bukan menjadi alasan utk kita terus lupakan ilmu dan pelajaran. aku pon mangsa2 tersungkur spm gak. tp aku bangun balik dgn sokongan keluarga. masa gi sambung belajar kat perantauan, baru aku sedar betapa aku perlu pentingkan pelajaran. bestfriends aku masa sekolah dapat peluang sambung belajar yg lebih baik. tapi aku? aku hanya bole ckp pada mereka "weyh.. takpe la, korang jalan dulu.. aku maybe lambat sikit. tapi walaupun perjalanan aku perlahan, aku akan catch up korang! tunggu aku tau!" cepat atau lambat bukan soalnya kan kan kan.. tapi bayangkan kalau kita tak belajar..? aku ada seorang kenalan.. dulu masa sekolah suke main2.. sampai spm.. resultnya tak berapa.. dpt sambung belajar.. tp dah susah nak masuk ilmu.. last2 kerja.. kesian pulak aku tgk dia kerja teruk2 sbb nak cari duit. setiap hari kena fikir mcm mana pula nak cari duit utk hari2 seterusnya.. 1 pesanan aku untuk dia.. dulu kau senang lenang waktu sekolah.. apa yg kau dapat sekarang ni hanyalah 'usaha' kau yang dulu.. tapi, kalau dulu kau bermula dengan susah payah belajar, aku pasti.. 'usaha belajar' kau tu akan buat kau senang lenang pula skarang"

so.. bagi aku senang je.. gaji aku sekarang.. melambangkan 'usaha' aku yang lepas. ini rezeki aku. ini nikmat dariNya. aku dah berusaha, maka ini la hasilnya. contoh perumpamaan, takkan la sedap2 aku goreng nugget dlm kuali.. tiba2 keluar jadi karipap pulak kan.. haha. aku goreng nugget.. mesti la hasilnya adalah nugget.. [oke lapar tiba2].