weyh.. tawu tak berat badan aku dah naik? tawu tak? tawu taaaaaaaaak? stress kau tawu tak. pagi2 aku nak iron baju nak pegi keje, aku layan corner dulu gi masuk bilik exercise kat umah aku ni.. nak timbang berat.. sekali tengok rasa nak pengsan. mula la pagi aku bermula dengan rasa tak tenteram. aku rasa serba tak kena, rasa nak iron baju pon jadi malas, apatah lagi nak pegi mandi lepas tu serta bersiap nak ke ofis. aku nak capai roti 2 keping pun jadi tak lalu. apatah lagi nak sapu kaya roti tu. pergh.. mesti lelaki2 kat luar sane tak faham langsung perasaan wanita sekiranya kes emergency ini berlaku kan. oh serius. aku stress gilak.
harini sampai office, konon2 buat muka ceria padahal nak turun kereta kat parking tingkat 3 tu pon rasa nak merangkak. lenggang2 masuk office, punch card, siap bg salam kat receptionist, masuk bilik puan secretary bos sbb nak tgk jadual meeting, jumpe plak budak trainee baru, salam2 pastu baru sampai ke bilik aku dihujung dunia di belakang ofis tu. oi oi.. yer.. bilik aku di hujung blakang ofis kau tawu tak. senang citer di depan surau, di sebelah pantry. tp yg best, kalau aku tatahan nak pegi toilet.. tayah jln jauh2. org pun taktau kalau keje aku ni 16 kali masuk toilet ke.. pasal bilik aku blakang skali kan.. tak lalu mane2 kawasan orang lain. dan ini juge mungkin penyebabnye berat aku naik.. pasal pantry sebelah bilik aku. asik buat milo ngan cicah biskut je. aaargghhh... bos, cube pindahkan saye kat tingkat bawah di depan pintu utama. mungkin saya akan menjadi lebih pemalu serta bersopan kerana terpaksa menghadap orang setiap masa. dan bos juge mungkin memiliki seorang pekerja yang agak kurus! diulang, aku stress!
tengah tak berapa nak tekun bekerja, dtg sorang staff office masuk bilik aku. dgn tidak semena2 ayat sopan ini kuar dari nya "oi.. ni apehal serabut sgt rupe ni" hahahaha.. AAK? ada aku kisah? ah biar biar. kan aku dah ckp td.. aku stress harini.. oh, aku bgtau korang.. aku tak bgtau dia knp aku stress. bole plak dia nak ajak aku mkn roti sardin kat kedai mamak bawah ofis. lagi bertambah aku stress! tpi dgn sopannya aku menjawab "takpe la.. igt nak lunch je teros.. kang kalo mkn roti sardin pg ni.. kenyang sgt plak" amacam? berhemah kan? hahaha
tapi, bos aku mmg best la. sedang aku stress2 pasal berat badan ni.. dia masuk bilik aku bole plak ckp.. "uisy.. ni apesal cantek sgt baju ni.." mula2 mcm nak terasa hati, ye la.. dia ckp baju aku yg cantik.. aku takde pulak dia ckp cantik. haha. tapi, baju cantek pun.. kalau org yg pakainye tak bole menggayakannya dgn cantik.. same jugak kan.. jadi aku terima pujian itu! hahahaha you've made my day la bos~
jadi.. utk minggu ni.. aku isytiharkan bahawa.. AKU ON DIET. jgn ajak aku gi mkn.. jgn tetibe ngade2 nak ckp "weyh.. jom.. aku nak blanja kau mkn la" jangan jangan jangan. nak blanje aku..tunggu bulan depan eyh.. postpone tau! aku nak jugak. hahaha
No comments:
Post a Comment