Tuesday, May 31, 2011

Assalamualaikum kum kum

assalamualaikum kum kum.. ni bahana tgk cerita kum kum kat youtube la semalam ni.. gigil jugak dgr org bg salam time magrib mintak susu utk anak dia.. lebih baik bagi jer susu ape yg ade. kalau tak bg, pastu dia akan tanye kenal tak lelaki dlm satu gambar lama.. kalau tanya dia nak carik sape.. dia gi patahkan leher depan korang. ngeng..

kat ofis aku ni, ade speaker diletak kat siling.. ape eh? aku pon taktau nak panggil ape. sistem speaker mcm kat skola2 atau ofis utk sng nak buat pengumuman.. so.. bayangkan je la sst benda bulat berjaring berada di atas kepala korang. tu aje. kan sng. dan bos aku pula akan memasang bacaan ayat Al-Quran sepanjang masa. kalau dah abis, nnt PA dia akan ulangkan balek. begitu la seterusnya.bos aku ni, kalau pasang sound.. mcm nak bg 1 block ni dgr. padahal ofis kitorang 2 tingkat je kot. bangunan ni ade 5 tingkat.. jadi, bayangkan la betapa kuatnye dia pasang. tapi aku tak kisah sgt pun. elok juge time nak stay up mlm2. takde la serem sgt bila ada bacaan nih kan.. tapi kadang2.. kalau nak tau samada bos aku ade di ofis atau tidak.. sng jer. kalau bacaan tu terover kuat, tu maknanya dia ade. kalau tetiba mcm lembut2 sedap di dgr dgn telinga, tu maknanye PA dia dah slowkan skit time bos aku takde. haaaaa... senang kan nak tau samada bos aku ade ke tak..

ade 1 day.. bacaan tu tak terpasang langsung.. PA dia tak dtg juge kot haritu.. fyi, cd player tu dlm bilik bos. so.. mmg senyap la ofis haritu.. tapi skali bos aku masuk.. dia bole terswitch volume jadi max... kau bayangkan? suasana yang tiba2 sunyi... tiba2.. 'bismillahhirohmanirohim....' weyh.. serius aku ckp.. nak gugur jantung aku sbb terkejut. sbb ia sgt kuat dan secara tiba2. mmg berdebar la jantung aku 3 minit. pastu aku gelak sorang2.. ni kompem bos dah masuk. kot ye pun bos.. jgn la begitu.. mulekan la dgn slow dulu.. ni tiba2 dari sunyi terus atas kepala ade bunyi bacaan sekuat2nya.. aku igt dah kiamat tadi ade suara dari atas langit. gile la. gugur jantung aku nih.. adoi..

tapi, bagus juge la bos aku pasang.. mane part2 yang aku tau.. aku bole ikut skali. jadi? setiap hari aku ngaji.. mane2 part yang aku taktau.. aku ikut jer la..sbb esok nnt ulang balik part yg same. jadi? setiap bulan aku dah katam baca Al-Quran? hehehehehehehehe. ngeng. baca pun tajwid ke laut. helo, atleast i'm trying~~~

Saturday, May 28, 2011

hak milik kekal aku

aku ni tak sempurna tau? aku tau aku banyak kelemahan. dan aku sedar. tapi aku ego utk mengakui kelemahan aku. sebab aku dah serik kerana terlalu menjadi baik hati dulu. biar susah hati pasal takde makanan, biar stress sbb jawab exam, biar tension pasal banyak kerja, biar bengang tgk kereta accident, tapi bg aku.. jgn makan hati sebab bercinta. aku boleh jadi seorang leader yang baik, ketua kelas yg bertanggungjawab serta penjaga duit tabung yang amanah. aku berkebolehan menasihati orang lain dan memberi pandangan yg bernas. itu orang yang kata. mereka kata bila bekerja ttg sst yang aku suka, aku jadi terlalu inginkan kesempurnaaan. tapi, jangan uji aku bila soal cinta. aku gagal. gagal dengan markah 0%.

aku mengaku, aku terlalu mengharap seorang lelaki yang sempurna utk aku. tapi, mana la bole kan.. kalau diri sendiri tak sempurna.. bukan sekali dua aku pernah berpasangan. tapi lebih 5 kali. aku boleh jawab dengan confident knp hubungan itu tak kekal. mesti la sebab aku. sbb aku tak sempurna. aku sangat sensitif. aku mudah terasa. hati aku susah dijaga. hati aku mudah terusik. air mata aku sgt murah.

tapi, aku tak mcm ni dulu.. 9 tahun lepas.. aku tak pernah berkira.. aku tak pernah kisah.. aku tak pernah meminta2.. dan kadang2 aku rasa, biar betik.. kata berpasangan.. tapi call sebulan sekali? msg 2 minggu sekali? apatah lagi nak jumpa. mau 4 5 bulan sekali. gile ke ape? nak kate jauh, bukan jauh sgt sampai ke london pun.. tapi aku tak penah kisah pun sbb itu la 1st time aku terima seseorang dlm hati aku. aku bgtau kat diri sendiri, mungkin camni kot caranya bercinta. haha. aku tak pernah bising. cuma kadang2 terselit kat hati. aku ni siapa padanya?

aku tak macam ni dulu.. setiap pasangan aku punyai tingkah laku dan perwatakan yang berbeza. setiap kali itu juga, aku perlu belajar menerima dan memahami mereka. tapi nampaknya aku gagal. dia ini kata : saya dah takde hati dgn awak. dia itu kata : takyah la awak tunggu saya, takkan ada apa2 yang berlaku antara kita lg pasni. dia yang sana kata : saya nak sambung blaja, takbole concertrate. sorry. setiap dia ini, dia itu, dia yang sana kata... aku dah berusaha yang terbaik utk mereka. pengalaman dengan mereka menjadikan diri aku yang sekarang. yang sgt lemah dgn cinta. yg sgt gagal bila berhadapan dgn cinta. aku mengaku.. aku dah putus asa selepas DIA. DIA yang satu itu.

maafkan aku wahai lelaki2 selepas DIA. kerana dia, kesan buruknya aku lemparkan kepada lelaki2 selepas DIA. kerana DIA, aku tidak menerima sesiapa. kerana DIA, menjadikan aku sgt rapuh. menjadikan aku tidak percaya lelaki. menjadikan aku sgt putus asa. menjadi aku menolak cinta orang.

maafkan aku jika kau adalah orang selepas DIA. aku sensitif, setiap ayat2 kau mungkin mengguris perasaan aku walaupun ianya hal kecil. aku mudah terasa hati. setiap perbuatan kau mungkin memberi kesan kepada aku. aku cepat marah. setiap kata2 dan perbuatan kau mungkin mengundang marah aku tanpa sedar. aku mudak merajuk. setiap tindak tanduk kau mungkin akan diakhiri dgn rajukku. aku mudah mencari kesalahan kau. setiap perbuatan kau mungkin menjadi punca pergaduhan walaupun ianya kecil.

jadi, nasihat aku.. jauhi aku. sebelum kau pula yang kecewa. hindari aku. sebelum kau pula yang merana. dan aku.. biarkan aku dgn cara aku. terus begini utk sst yang tak pasti. takkan pernah ada orang yang akan faham aku. takkan pernah ada orang yang tau situasi aku. ya.. aku tak sempurna. jadi, jangan dekati aku.. aku rasa, aku bukan perempuan yang layak utk dicintai dan menyintai. aku ego, keras kepala dan degil.

jika harini aku jatuh cinta pada kau, aku tau kelak aku akan menyusahkan kau dengan segala tingkah laku aku. jika harini aku menyayangi kau, aku tau kelak kau akan kecewa dgn perangai aku. dan jika harini kau jatuh cinta pada aku, sedar la sekarang, aku akan menyusahkan kau kemudian. dan jika harini kau menyayangi aku, aku pasti dan sedar kau juga yang akan tinggalkan aku kerana perangai aku.

biar orang kata aku bodoh. aku terima. ini diri aku. perasaan aku. hati aku. akal aku. cinta aku. kasih aku. biarlah tanggungjawab aku utk menjaganya. hak milik kekal aku.

Friday, May 27, 2011

hujung bulaaaaaann...~~~!

hari ni hari Jumaat. aku pakai baju fav colour aku harini. sebab haritu, aku stress ttg berat yg tetibe naik.. bila aku timbang.. dah turun beberapa kilo balek.. maka, dgn ini aku menghadiahkan diri sendiri dengan memakai kebaya pink! hahaha. motivasi diri sendiri kan? sebelum gi keje, aku singgah CIMB kat area umah aku. gaji baru masuk kaaaan. ele, kalau gaji byk sgt takpe jugak. eh bersyukur la. alhamdulillah, ade juge aku gaji bulan ni. :) hujan yang agak renyai2 arini.. sambil berlari2 anak memakai baju kebaya pink dari kereta ke bank.. oh ade polis muda 2 orang depan bank.terus jln pelan skit. tu la perempuan. suke betul perangai control ni tau. menci i. tak la, aku memperlahankan pergerakan dgn tujuan supaya tidak terselak mana2 bahagian baju kebaya aku ketika berlari2 anak itu. selesai urusan di bank.. kuar dari bank.. encik2 polis masih di tmpt yg same. aku dgn konfiden tekan bunyi kereta dari jauh. tuit tuit. eh? ni mcm bunyi kereta dikunci. abis, takkan tadi aku tak kunci kereta? tekan skali lg. tuit tuit. ha baru betol bukak. "aih dik, tak kunci keta tadi?". sbg gadis ayu lagi comel mestilah membalas dgn sekadar senyuman je kan.. sudah. aku dah lambat gi keje tau~

di ofis, setiap hari jumaat mmg ade makan2 utk semua staff. maka telah mensavingkan bekfes dan lunch kami setiap hari jumaat. Alhamdulillah. rezeki. timaseh bos. mee rebooosss... nyam2. tapi harini aku jumpe sesuatu yang aku tak pernah tgk live. slalu aku tgk kat dlm citer kartun je ke atau kat dlm internet. ape ke pelik sgt makcik kedai ni.. bg aku makan telo denasor? taksampai hati tau aku nak mkn telo denasor ni. tau tak denasor dah pupus? lepas aku mkn mee rebos, aku belek2 telo denasor tu.. dlm hati dok kata "nak mkn ke taknak. nak mkn ke taknak" tak sampai hati la weyh. kakak2 ofis dah sengih2 tgk ketidaksampaian hati aku utk makan.. tergamak mereka menjamah telo denasor ni dgn lahapnye? uwaaaaa....

ya Allah.. maafkan aku jika aku menjamah telo denasor, spesisMU yang sudah pupus ini.. maafkan aku denasor2 sekelian.. inilah telor denasor yg aku tak sampai hati nak mkn itu..

comel gilaaaaaaaaaaaaa.... aku tak sampai hati nak makaaaaaaaaaaaaaaaannn...
hahahaha

ape salahnya kasut buatan gombak~

aku pun taktau tajuk ni ade kaitan ke tak. :P

kakak kakak adik adik makcik makcik sekelian. penah guna barangan imitation tak? nak lebih senang faham, barang yang kelihatan branded, tetapi tak ori.. aku mengaku weyh, aku pon penah beli. especially bile dah shopping kat bandung ngan jakarta. gile kau, imitation grade AA kot. contoh mcm seketul beg LV yg harga original bernilai RM3000, tapi kalau korang beli yang imitation berharga 500/600 and exactly look like the original.. ha kan.. mane tak gile~ kalau kat KL ni, pusat imitation sedunia adalah di petaling street. tapi aku tak berani la nak beli kat sane.. suasana disitu, menakutkan. tp kalau ikutkan petaling street tu tmpt main2 aku je time skola dulu sbb aku tusyen kat area2 situ. so pegi balek naik lrt kene lalu petaling street jugak. tp takde la pulak aku penah membeli barang2 disane. oh ade, tu pon kat 7eleven di celah2 kedai tu jer. haha.

tapi bile dah meningkat dewasa ni.. dewasa sgt ke? mak aku ckp, aku tak layak kawen lg. tp ayah aku plak ckp "start to think about your future". yang aku keje hari2 ni.. naik keta, pegi meeting sane2 sini bukan fikir pasal future ke? oh, maksud dia.. suh kawen la tu kan kan kan. ha.. sambung balek, bile dah meningkat remaja dewasa ni, aku dah tak berminat nak beli barang2 imitation nih. padahal setiap kali aku jln2 kat blog org.. jual barang2 branded, opkos la mata aku tertumpu pada handbag je kan.. nak jer aku beli.. well, semua dihujung jari kan..

aku ade sorang kakak ipar. sbb aku ade sorang abg je. jadi mmg sorang je la pun kakak ipar yang aku ade. kalau aku ade 2 abg, mungkin aku akan ade 2 kakak ipar. aku ckp kau, kalau nak tau latest design or info terbaru pasal handbag, baik kau tanye dia. dictionary handbag kot. haha. baru2 ni lak, aku baru balek dari negara si william yg kawen tu. aku pun tertarik dgn seketul beg longchamp ni.. longchamp is from France u guys~~! kalau sape yg biasa dgn bag2 longchamp mesti tau ia ade mcm2 saiz.. kakak ipar aku mmg minat beg longchamp.. dia beli di mesia around RM500.. then, aku tgk longchamp kat negara si william ni.. saiznye lagi besar dari beg yang kak ipar aku beli di mesia.. pastu harga around 50£.. kalau convert ke RM, maka jadilah RM250. wwwwwoooww... aku dpt beg longchamp saiz lg besar and even more separuh harga kot?! tak silap aku.. kalau saiz yg same ngan kak ipar aku punye beg tu, around 30++£ ngeng. pengsan. tukar jadi RM, baru below RM200 kan. pengsan lagik.

masih bercerita pasal beg longchamp, sbb aku dah bosan dgn brand LV. haha. ckp je la tak mampu. bluek. beg LV taraf2 mak aku kot. riban2 nye kos.. kalau yg LV.. baik aku prefer yg imitation tu jer. haha. masih di negara si william, aku berkenan seketul beg longchamp yang lain designnye.. aku tak nampak lagi ade kat Malaysia. tapi haritu, kak ipar aku tgk longchamp kat pavillion, dia ckp design tu baru ade.. dia check2.. harga beg tu, around RM800. oke cepat. teka. berapa aku rembat beg tu di airport heathrow terminal 4. tet! lambat! 70++£ aku lupe around 75 camtu kot. babe, cube convert skit ke RM. tak ke RM375? pengsan. oi dah dah bangun. pengsan balek. no wonder la orang Malaysia ni suke shopping barangan yg mmg dah terbukti branded dan original di negara si william tu, rather than beli imitation di bandung or jakarta mcm aku buat. haha

nih, kak ipar aku yg mmg seorang je pun aku ade tu.. kawan dia nak balek kampong.. kampong katne? negara si william tu jugak. cube tanye aku.. balek kampong kat mane kak? johor.. belah pontian sane. kawan dia? balek kampong kat mane bang..? london.. dah lame tak balek tmpt mak.. hahaha.. sbb aku dah merembat segala bag2 favourite kak ipar aku di negara si william ni bulan lepas, so.. kak ipar aku kirim dah siap2 tukar duit pound suruh kawan dia belikan beg longchamp tu.. hehehehe. tau pon beli kat Malaysia mahal.. tak worth it orang kata. yer la.. mungkin kos shipping dan tax lagi kan.. who knows.. mmg dgn cukai yg kite bayar tu, tlg bayar gaji para pekerja goverment. stop.

sejak akhir2 ni.. byk pula peniaga2 beg longchamp ni jual online. tapi sayang la.. semua imitation je aku tgk.. tp geram juge.. cantek2 kot.. hahaha. aku tak kisah pun nak guna barangan branded ke, cetak rompak ke, ape ke.. as long aku puas hati. and aku rasa berbaloi.. who cares? duit aku. cara aku. pilihan aku. sape yg nakbuat duit nak jual beg2 longchamp tu.. versi original.. baiklah korang start cari kawan2 yg ade kat negara si william utk jadi supplier.. korang beli rm300, kat malaysia jual 500. korang jual je la 400 kan.. korang beli harga kos RM400, harga di Malaysia RM800, korang jual la RM550. haha.. aku siap bg idea kot.. dan lagi.. orang mesti beli punya pasal.. ia adalah original, and more.. beli kat UK~~~ byeeeeeee!


sebijik beg aku~

Thursday, May 26, 2011

perempuan memang complicated

perempuan memang complicated. setuju tak weyh? yang lelaki, terang2 akan cakap sambil jerit.. "setujuuuu... woooo wooo..setujuuuu" yang perempuan? mesti ada yang jawab "ele.. lelaki lagi complicated kot" tak pun jawab "eh ye ke? manade la" paling simple "helooo~~! tak, okay!" sambil jeling2 kan. kan kan? lumrah la.. perempuan takkan mengaku kelemahan sendiri. same goes to lelaki jugak kan.

kenapa perempuan bgun pagi.. nak pegi kerja.. bukak almari.. pilih baju selai2.. susun atas katil.. pastu berdiri tegak sambil gosok dagu nak pilih baju? oke.. pegi keje mcm tak best kot jd contoh. tukar la.. kenapa perempuan nak keluar dating, bersiap 8 jam? oh tipu nyer. kurang skit, 2 jam. kenapa? nak pilih baju je dah sejam. nak mandi? nak bersiap? nak pakai tudung lagi. pin sana pin sini.. nak letak sepit munga2 yang comel yg jd trend skarang tu lg.. pastu.. duduk depan cermin mane bole 15 min.. mesti paling tidak pun 30 min kan.. kenapa? sebab.. perempuan memang complicated. kami rasa kami perlu utk buat itu semua. kami rasa, perlu utk kelihatan menarik utk berada di samping orang tersayang. oke. highlight disini, kami juga perlu kelihatan menarik jika berhadapan dgn orang ramai. jadi, mmg lumrah perempuan suka berhias diri. eyh.. jgn terkejut la kalau ade perempuan yang sanggup tukar baju last minit sebelum nak kuar dating.. walhal boyfie dia dah tunggu kat luar umah ke.. kadang2, persiapan terakhir berdiri di depan cermin sebelum kuar rumah nak sarung kasut pun boleh mengubah terus persepsi perempuan. tu yang tiba2 bole pegi salin baju balek atau tukar tudung lain.. [sebab aku pernah buat. hahaha]

kenapa perempuan stress bila berat badan naik? sebab perempuan ni complicated. byk lagi benda lain yg patut difikir.. tp berat yang tak seberapa ni pun, nak difikirkan jugak.. mane nak muat otak ni sume nak fikir semua benda kan. pastu mula la karang lelaki kata "tak faham la perempuan ni.. asik nak diet je keje" oi.. kami bukan suka2 nak diet eh.. kami rasa itu perlu.. macam lelaki rasa betapa perlunya nak hisap rokok. kenape nak hisap rokok? bukan sedap pon. yucks! dah la busuk.. erk oke ter emo pule. kite nak bercerita pasal perempuan.. bukan pasal lelaki. haha. jadi.. sbg perempuan yg mmg complicated, jgn la lelaki rasa pelik dan pertikaikan knp perempuan taknak makan mlm la.. taknak mkn nasik la.. puasa setiap hari la.. tp bagus kot tambah pahala kan dgn puasa. jgn la risau.. walau kami complicated fikir pasal berat badan pun, kami tak susahkan lelaki kan.. malahan saving your wallet lg kan kan kan. cepat mengaku!

kenapa perempuan suka membebel? sbb perempuan ni complicated la.. byk sgt benda yg berlaku dlm kepala otak kami yg comel ni. nak komen yang tu, nak komen yang ni.. sbb tu kami perempuan suka ckp.. "benci la.. lelaki ni suke amek ringan kebanyakan benda tau". sebabnya.. lelaki jenis malas nak berfikir benda yang remeh temeh. betul tak? sbb tu kepala lelaki tak serabut dgn benda2 yg dirasakan tak perlu.. tapi.. lepas tu.. sile la tahan kepada bebelan kami.. tu la bezanya lelaki dan perempuan.. lelaki mmg takkan faham kepada hobi perempuan yang satu ni : membebel. hobi kami bukan membebel la... ia cuma sebahagian dari diri kami. so, love us, accept us for who we are la kan? hehehe

kenape perempuan suka merajuk? heloooo..~~ perempuan kan. mesti la merajuk. sbb.. kalau lelaki merajuk.. mesti mcm rasa hilang macho kan? so... let us la yang merajuk. haha. oke, tak logik. perempuan mmg suka merajuk dgn segala benda. tak teman makan tengahari la, tak angkat tefon waktu pagi la, terlupa beli kan karipap time balek keje la, tak pakai baju same kaler time dating la, tersalah beli roti, nak roti gardenia, gi beli roti hi 5 la.. bla bla bla bla.. weyh, jgn terkejut weyh.. mmg semua ni berlaku la kat perempuan.. kenapa? sebab perempuan ni mmg complicated. sometimes perempuan sengaja merajuk utk tarik perhatian lelaki. and sometimes perempuan merasakan perlu merajuk utk bg warning kat lelaki. and sometimes perempuan merajuk sbb merasakan diri tidak dijaga dgn sempurna. kau giler? semua benda nak sempurna. igt lelaki ni malaikat? mmg la lelaki bukan malaikat.. sbb tu kami merajuk. hahaha. perempuan akan tunjukkan merajuk dari segi tindakan dan cara. perempuan jarang nak ckp "okey, saye merajuk ni. pujuk" amenda tu? tak thrill la kan utk lelaki. korang lelaki suke cabaran kan? hahaha. tapi setiap perempuan punyai ciri2 merajuk yg berbeza. buatnye korang dpt pasangan perempuan yang time merajuk je nak baling barang, time merajuk je nak toreh2 tgn, time merajuk je gi bawak kete laju2, time merajuk je, pijak kucing.. cemane? tu bukan merajuk weyh. tu psycho okay. sudah, tinggalkan je perempuan camtu.

kan... aku dah ckp.. perempuan mmg complicated. sebenarnye.. aku nak bgtau satu rahsia.. perempuan sebenarnye kadang2 taktau pun ape yg perempuan nak.. perempuan kadang2 tak punyai kebolehan utk fikir 10 tapak kedepan.. jadi, mereka hanya bijak utk mengawal situasi pada sst masa tertentu itu sahaja. lelaki dan perempuan kan saling memerlukan.. mmg kami yang complicated ni sgt diperlukan oleh lelaki yg sgt simple itu.. dan lelaki yg sgt simple itu mmg diperlukan oleh perempuan2 complicated mcm kami...

Wednesday, May 25, 2011

Sepakan Penalti di Muka

bodoh bangang dan bengong. kau dah tau hati kau tu tak kuat, yang kau buat2 mcm tabah tu dah kenape? konon2 nak test diri la tu? sgt hebat la kau pura2 mcm kuat..

ape kes marah2 ni sayang? jgn marah2.. nnt cpt tua. tak elok utk gadis ayu dan comel spt kau..

semua di atas adalah monolog dalaman. memarahi diri sendiri dan memotivasi diri sendiri.

korang pun tau la kan.. fb ni kadang2 kat sebelah kanan page tu, tetiba kuar album2 daripada kawan2 korang kan. boleh nak jadi, terkuar la album yg aku tak sangka. nama kawan : ****. tajuk album : tahniah A*** dan D****! yang kawan ni plak, adalah isteri kepada besfren si A. siapakah A? A tu EX aku la dol.. masa aku dan A dulu2.. aku selalu la berhubung dgn kakak ni.. yer la kan.. suami dia besfren boyfie aku. [dulu la weyh!] sekarang ni.. nak contact dia pun dah tawar hati. sedih kot. buat aku makin igt kat A jer. sumpah sedih. orang lain takkan tau la betapa aku sedih jika bercerita pasal A. orang lain pun takkan tau betapa kehilangan A sgt2 memberikan kesan kepada diri aku. dan orang lain pun takkan pernah tau betapa aku sengsara kehilangan A. [senyum dalam paksa]

harini.. yer harini.. dgn rasa bodoh lagi berlagak tabah.. aku bole view satu2 pic dlm album kawin si A yg diupload oleh kakak tu. aku dpt rasa, kakak tu mmg sengaja nak upload sebyk 52 keping gamba tu bulan lepas utk tontonan aku. yang rupenye ia berlaku pada harini! aku tgk album2 yg lain..takde pulak dia nak upload gambar kawen orang lain kan. and plus, si A tu pun bukannye kawan dia.. dia hanya besfren kepada suami dia.. so, what for beriya2 sgt nak upload? jadi, dgn hujah2 yg telah diberikan oleh hati yang panas ini.. menambahkan lagi kebenaran itu.. [senyum dalam paksa lagi]

tapi lg bodoh plak tindakan aku.. aku boleh pegi like album tu? rasa mcm baru lepas kena penampar, lepas tu siap kena ludah kat muka. 'apa the ikan?' rasa mcm bodoh gile sbb album2 tu diupload mmg bertujuan utk ditonton oleh aku. terima kasih la kak sbb tlg update saya ttg kisah A. atleast saya dah tau and i have to move on.. kan kak? terima kasih la kak sbb baru lepas bagi saya satu sepakan penalti yang sgt kuat dimuka serta dihati saya ni.. terima kasih yer kak.. esok2 kalau si A tu dah ade anak.. upload la pic dia 180 keping plak.. utk tontonan saye sorang.. [senyum dalam paksa lagi]

cakap la ape saje ttg aku ni. aku terima. aku seorang yang bukan mudah nak lupekan cinta aku. lebih2 lagi utk orang yg aku paling sayang, tp ditinggalkan pulak kerana orang lain. aku pernah lepaskan lelaki lain kerana tak bole lupakan A. serius bodoh punye tindakan. bukannya A akan balik pada aku pon kan? kalau berapi2 pun nak bebel kat telinga aku ni.. aku tetap takkan dengar. jgn la pernah salahkan A utk kehidupan aku yg sekarang ni. walau betapa marahnya kawan2 aku pada A.. betapa marahnya cousin2 kesayanganku pada A.. tp aku tau siapa dia. aku tau dia jodoh aku.. tapi nampaknya tindakan dia yg buat kami tak berjodoh..

nak menambahkan lagi kesengsaraan aku.. projek2 baru yg ofis aku akan handle.. semua berdekatan rumah dia.. haritu.. meeting di sana.. lalu depan taman dia.. aku rasa mcm.. ya Allah.. kuatkan la hati aku ni.. nasib baik je aku bertiga dgn staff2 ofis.. kalau tak.. ade yg aku pegi merry go round depan umah dia tu kang.. berapa tahun kot aku melarang diri aku memasuki sempadan kawasan situ.. tp tak alih2 dpt projek kawasan depan umah dia? Allah Maha Mengetahui kan? [senyum lagi] bila saat aku melalui kawasan2 itu, buatkan aku sedar, aku masih tak cukup kuat rupenye. atau dgn lebih kejam ayatnya.. aku bodoh sbb takleh lupekan dia.

kewujudan hati dalam diri kita ni sgt ajaib. Allah cipta kita sebaik2 kejadian. aku patut bersyukur, apa yang Allah beri ni.. ape yg Allah uji ni masih boleh dikawal oleh hati dan otak aku. takde pulak aku sengsara sampai terfikir nak bunuh diri kan.. atau, takde pulak aku sengsara sampai terfikir nak bunuh dia kan? eh.. tp ade juge orang kan kadang2 ckp.. "ya Allah.. kau bunuh je la aku supaya kesengsaraan aku ini dihentikan" ah tipu la tu.. tu bukan ckp dgn Allah.. tu bercakap dgn setan namenye.. kalau kita bercakap dgn Allah.. tentu2 la hati kita jadi lebih tenang. [senyum ikhlas]


Tuesday, May 24, 2011

stress nih ha

weyh.. tawu tak berat badan aku dah naik? tawu tak? tawu taaaaaaaaak? stress kau tawu tak. pagi2 aku nak iron baju nak pegi keje, aku layan corner dulu gi masuk bilik exercise kat umah aku ni.. nak timbang berat.. sekali tengok rasa nak pengsan. mula la pagi aku bermula dengan rasa tak tenteram. aku rasa serba tak kena, rasa nak iron baju pon jadi malas, apatah lagi nak pegi mandi lepas tu serta bersiap nak ke ofis. aku nak capai roti 2 keping pun jadi tak lalu. apatah lagi nak sapu kaya roti tu. pergh.. mesti lelaki2 kat luar sane tak faham langsung perasaan wanita sekiranya kes emergency ini berlaku kan. oh serius. aku stress gilak.

harini sampai office, konon2 buat muka ceria padahal nak turun kereta kat parking tingkat 3 tu pon rasa nak merangkak. lenggang2 masuk office, punch card, siap bg salam kat receptionist, masuk bilik puan secretary bos sbb nak tgk jadual meeting, jumpe plak budak trainee baru, salam2 pastu baru sampai ke bilik aku dihujung dunia di belakang ofis tu. oi oi.. yer.. bilik aku di hujung blakang ofis kau tawu tak. senang citer di depan surau, di sebelah pantry. tp yg best, kalau aku tatahan nak pegi toilet.. tayah jln jauh2. org pun taktau kalau keje aku ni 16 kali masuk toilet ke.. pasal bilik aku blakang skali kan.. tak lalu mane2 kawasan orang lain. dan ini juge mungkin penyebabnye berat aku naik.. pasal pantry sebelah bilik aku. asik buat milo ngan cicah biskut je. aaargghhh... bos, cube pindahkan saye kat tingkat bawah di depan pintu utama. mungkin saya akan menjadi lebih pemalu serta bersopan kerana terpaksa menghadap orang setiap masa. dan bos juge mungkin memiliki seorang pekerja yang agak kurus! diulang, aku stress!

tengah tak berapa nak tekun bekerja, dtg sorang staff office masuk bilik aku. dgn tidak semena2 ayat sopan ini kuar dari nya "oi.. ni apehal serabut sgt rupe ni" hahahaha.. AAK? ada aku kisah? ah biar biar. kan aku dah ckp td.. aku stress harini.. oh, aku bgtau korang.. aku tak bgtau dia knp aku stress. bole plak dia nak ajak aku mkn roti sardin kat kedai mamak bawah ofis. lagi bertambah aku stress! tpi dgn sopannya aku menjawab "takpe la.. igt nak lunch je teros.. kang kalo mkn roti sardin pg ni.. kenyang sgt plak" amacam? berhemah kan? hahaha

tapi, bos aku mmg best la. sedang aku stress2 pasal berat badan ni.. dia masuk bilik aku bole plak ckp.. "uisy.. ni apesal cantek sgt baju ni.." mula2 mcm nak terasa hati, ye la.. dia ckp baju aku yg cantik.. aku takde pulak dia ckp cantik. haha. tapi, baju cantek pun.. kalau org yg pakainye tak bole menggayakannya dgn cantik.. same jugak kan.. jadi aku terima pujian itu! hahahaha you've made my day la bos~

jadi.. utk minggu ni.. aku isytiharkan bahawa.. AKU ON DIET. jgn ajak aku gi mkn.. jgn tetibe ngade2 nak ckp "weyh.. jom.. aku nak blanja kau mkn la" jangan jangan jangan. nak blanje aku..tunggu bulan depan eyh.. postpone tau! aku nak jugak. hahaha

aku dan kerja

amaran : entry ini mungkin akan menyinggung sesetengah profession. harap maklum

semalam seharian aku di site. site mana? teeeeeet... siang valuation... panjat tingkat 8 panas2 tuh.. tau tak, skang ni musim siang panas bagai nak rak pastu petang hujan.. site lecak.. pastu panas.. pastu hujan balek.. perubahan cuaca yang drastik. sgt la tak comel kan bile gadis ayu jln tersipu2 malu sambil pakai high heel panjat site sampai tingkat 8 sebab kontraktor bole tak sediakan but di site. dengan topi kuning keselamatan tu, menambahkan lagi ketidakcomelan aku yg dah sedia ada ni. huh.

sampai tghari juge valuation.. dari pagi kul 10 sampai kul 1 kot. aku sudah kebulur. mari mencarik makanan. aku pon pelik2 je la mereka yg bekerja di site ni. dah berpuluh kali kot aku pegi site. masih juge ade yg tanye.." eh mcm tak pernah nampak la... staff **** baru eh?" oh mungkin.. setiap kali aku datang pun, aku datang dgn gaya yang berlainan. mungkin bulan lepas gaya mak timah, minggu lepas gaya encik bakar, dan mungkin kali ni gaya kak limah. dulik hape, aku lapar hokay! kate pun masuk site. mesti la serabai. haha. walaupun sebenarnye aku la antara orang yg paling menjaga keterampilan diri aku.

petang tu, sambung dengan site meeting terus. ha.. ni aku tak paham ni.. kite namekan meeting utk tmpt berbincang bukan utk cari kesalahan orang la dol. semalam team aku kena bebel dgn arkitek. dah tak puas hati dgn kontraktor tu.. tayah la nak salahkan kat orang lain.. eeeii eiii eiii... tak cukop dgn tu.. konsultant M&E pun dia nak bising2.. kontraktor tu pun buat keje ikut design kau. pastu bile tak sama dgn ape yang kau bayangkan.. kau salahkan la team aku kata tak reti buat BQ kan.. kau pon heboh la.. sebab bq tu salah..kau pun kata kontraktor ikut bq yang salah.. pastu tak cukup ngan tu.. kau salahkan sekali design M&E. kan kan kan..

dlm meeting, arkitek duk depan skali.. pastu team M&E, C&S dan team aku duk blakang2.. kitorang kan low profile jer.. malas la nak kecoh2. org comel takde nak marah2 okay~ yang si RA ni pun satu, aku tak puas hati betul dgn RA yg tak reti nak buat keje tu tau. tau nak mkn jer.. sape sape yang taktau amenda RA tu, gi tanye kawan2 arkitek korang name saintifik utk arkitek yg jage site. oke sambung, bole lak si RA duk sebelah meja kuih time meeting. asal aku pandang dia je.. tgh suap kuih. asal dia tgh suap kuih je, time tu pulak aku terpandang. ha kan.. dah tak pasal2 aku bergosip kat blakang. last2.. dgn nada sarcastic, aku ckp je ngan kontraktor ngan encik M&E tuh.. "ala biar la.. kan dia sorang je yang betul.. kite ni semua salah tau.. biar la.." hahaha. orang ayu kan takleh marah2~ auw.. mane la ade arkitek nak mengaku design mereka salah weyh.. grrr... dia taktau agaknye.. team aku dah dari pagi kat site.. panjat sane sini.. dia bole bebel2 lak petang2 time hujan tu kan.. mmg buat stok tido betul la. dgn ekon sepoi2 bahasa di bilik meeting... pergh heaven!

petang tu aku balek dgn rasa lemah longlai.. bawak kereta kat jln2 di KL time balek keje.. mmg best! kura2 nak ajak berlumba ngan aku pun, silap2 dia bole menang. tak pasal2 kang aku stress benti keta tahan teksi gara2 kerana kura2. hahaha