Saturday, October 29, 2011

BILA AKU MAKAN NASI...HAT

Assalamualaikum.. takde bahan menarik harini.. keje cam tu jugak. tak penah surut. duit mcm tu jugak, tak pernah byk. haha. ape pun, Alhamdulillah utk rezeki aku. kenapa aku dpt byk tu? sebab utk kerja yg begitu. aku selalu remind adik2 aku.. (oh walhal aku takde adik), maksud aku.. adik2 sdara atau kenalan2 yg berpangkat adik.. nasihat ku berbunyi begini.. "kalau nak dpt byk duit, belajar la sungguh2. tak caye tengok ah." simple je nasihat aku. dah la simple, pastu mmg jenis tipikal punye nasihat. hahahaha. oi.. benda yg simple tu kalau elaborate, bole jadi sangat relevant okey!

aku ada seorang cousin.. dia ni takde la tahap genius E=MC2.. tapi aku salute dia, sbb dia ni rajin.. rajin belajar. time blaja kat U dulu, dia mmg sengaja extent kan tahun pengajian dia awal2 sebab dgn memanjangkan waktu belajar dari 4 tahun kepada 5 tahun, maka dia boleh membahagikan subjek yang diambil pada setiap semester tak byk sgt. tak paham? utk bagi senang paham, aku bagi jalan kerja sekali.
So kat sini, aku nak tunjukkan bahawa.. jika kurangnya subjek diambil pada sesuatu semester, maka fokus kite menjadi lebih dan markah purata kita akan menjadi lebih tinggi. jangan jadi macam aku, dulu aku extent bukan sbb nak fokuskan subjek pada satu-satu semester.. aku extent sbb aku mmg kena extent pasal tak lepas subjek. kan haru tu? kan beza tu? tp.. failure kan is the best teacher.. cewaaah. pernah dulu seorang sahabat berkata.. "kau ni bukannya tak pandai, tapi kau malas!" gosh. daripada aku form 3, smpai sekarang masih terngiang2 lagi ayat tu kat telinga aku. aku extent bukan sbb aku tak pandai. semua orang pandai. tapi, nak bezakannya.. antara rajin dgn tak je. so? terbukti.. anugerah kepandaian dari Allah tu tak berguna jugak.. kalau malas. dan tak semestinya orang yg lembab akan kekal lembab sekiranya orang tu rajin..

dan berbalik kepada nasihat aku kepada adik2 aku.. nak dpt byk duit, belajar la.. ape yg aku tengok kat cousin aku yg seorang ni.. dulu dia belajar siang malam.. tak sudah2.. aku bole siap gelar dia nerd lagi bagai.. hoho. sampai sanggup nak panjangkan pengajian sebab nak jaga pointer setiap semester.. tapi tgk la hasil sekarang.. gaji kalo tak 5 angka, jgn tanye kenape la.. tu sikit lagi cecah la tu kang 6 angka.. orang selalu cakap.. "kau bole la nak beli semua benda yg kau nak.. gaji kau besar.. tak payah dah susah payah nak carik duit mcm keje aku" chop! tp dari mane gaji tu datang? daripada susah payah time blaja dulu la beb. dulu dia dah abis curahkan sepenuh hidupnya utk belajar.. jadi, pulangannya adalah sst yg setimpal dgn apa yg dia usahakan.

tapi, kalau tak belajar? masa upsr dah main2. main2 yang tak abis lg tu bawak pule ke pmr.. terlupa form 4 honeymoon year, last2 tersungkur juga di spm.. tersungkur di kaki spm, bukan menjadi alasan utk kita terus lupakan ilmu dan pelajaran. aku pon mangsa2 tersungkur spm gak. tp aku bangun balik dgn sokongan keluarga. masa gi sambung belajar kat perantauan, baru aku sedar betapa aku perlu pentingkan pelajaran. bestfriends aku masa sekolah dapat peluang sambung belajar yg lebih baik. tapi aku? aku hanya bole ckp pada mereka "weyh.. takpe la, korang jalan dulu.. aku maybe lambat sikit. tapi walaupun perjalanan aku perlahan, aku akan catch up korang! tunggu aku tau!" cepat atau lambat bukan soalnya kan kan kan.. tapi bayangkan kalau kita tak belajar..? aku ada seorang kenalan.. dulu masa sekolah suke main2.. sampai spm.. resultnya tak berapa.. dpt sambung belajar.. tp dah susah nak masuk ilmu.. last2 kerja.. kesian pulak aku tgk dia kerja teruk2 sbb nak cari duit. setiap hari kena fikir mcm mana pula nak cari duit utk hari2 seterusnya.. 1 pesanan aku untuk dia.. dulu kau senang lenang waktu sekolah.. apa yg kau dapat sekarang ni hanyalah 'usaha' kau yang dulu.. tapi, kalau dulu kau bermula dengan susah payah belajar, aku pasti.. 'usaha belajar' kau tu akan buat kau senang lenang pula skarang"

so.. bagi aku senang je.. gaji aku sekarang.. melambangkan 'usaha' aku yang lepas. ini rezeki aku. ini nikmat dariNya. aku dah berusaha, maka ini la hasilnya. contoh perumpamaan, takkan la sedap2 aku goreng nugget dlm kuali.. tiba2 keluar jadi karipap pulak kan.. haha. aku goreng nugget.. mesti la hasilnya adalah nugget.. [oke lapar tiba2].

Saturday, October 22, 2011

JAGUNG OH JAGUNG

Assalamualaikum. selamat hujung minggu. happy weekend. dan selamat hari sabtu. boleh pulak umah aku takde bekalan air dari petang semalam sampai tengahari tadi. air mmg penting. biar takde elektrik, jangan takde air. dulu masa aku blaja di perantauan.. kawasan tu mmg selalu terputus bekalan air. kalau ade pun tengah2 mlm. bayangkan la.. siang takde air.. kalau tak mandi takpe lagi boleh buh minyak wangi 1 baldi. (oops haha), tapi kalau nak amik air semayang? tapi biasanya pun mmg kami dah spare 1 baldi utk waktu2 kritikal camtu. selalu jugak aku buat, tengah2 mlm nak ke pagi tu, dalam kul 3 or 4 pagi.. aku dah mandi siap2 sebelum tidur. pastu dlm kul 6 bangun.. siap2 boleh terus pegi kelas. yer la kan.. kang air takde lagi. baik aku mandi siap2. aku taktau orang lain pernah buat mcm aku or tak.. tapi waktu itu.. tu je reason dan tindakan yg munasabah yang bole aku fikir.. hmm.. no wonder kan orang2 yang tinggal kat kawasan pedalaman or kampung-kampung yg jaug dr bandar masih bole hidup dgn selesa walau takde teknologi moden apatah lagi bekalan elektrik. sbb bg dorang elektrik bukan keperluan. janji ada air, makanan dan tempat tinggal - Alhamdulillah!

tak, sebenarnye aku bukan nak cerita pasal air.. dah tajuk pun jagung.. kang kate aku melalut lak. kesnya, sbb pagi tadi time takde air, ayah aku ade pesan "dik, nanti bile dah ade air.. tolong rebuskan jagung yang along beli tu.. ayah nak makan". got it?

so bila air dah ade dlm tengahari tadi.. aku pun kuarkan la jagung2 tu utk dibersihkan. banyak betul lapisan yg menyaluti jagung ni. sambil aku bersihkan satu-satu.. dengan banyak semut nye la.. dgn byk kotoran2 lain yang melekat.. tebal betul lapisan luar jagung ni.. pastu dgn semut merayap2 kat tangan aku lagi..


sedang aku sibuk2 kopek 'kulit' jagung tu.. tiba2 mak aku datang dari belakang.. "uih.. cantik isi jagungnye.." aku pun tanya soalan "mak, jagung yang dah kopek ni nak kena basuh ke tak" pastu mak aku jawab "tak payah.. nanti ilang manisnya. cuma bersihkan je kotoran2 kat luar tu.. kan tengok bila dah kopek semua.. yang kat dalam tu cantik je tak kotor ape2 langsung. semut pun tak bole masuk sbb kulitnya tebal sgt"

bila mak aku cakap camtu.. sambil aku tengok perbezaan jagung2 yang belum dikopek kulit dan yang sudah dikopek kulit.. dari luar nampak tak cantik, dgn semut banyak cuba merosakkan jagung, dan kulitnya yang tebal.. tapi bila dah cabut kulitnya satu persatu.. isi jagungnya sangat cantik. kuning serta tidak disentuh oleh semut2 di luar tadi.. sama dgn manusia.. takde ruginya menutup aurat secara seluruhnya dgn cara yang betul.. malah ia adalah tuntutan agama Islam. disebalik pemakaian yang labuh, tebal, tidak jarang dan tidak mengikut bentuk badan.. terdapat satu kecantikan yang tidak dapat ditandingi..

sambil aku bersihkan baki jagung2 tu, aku terfikir lagi.. betapa jahilnya aku mempertontonkan diri utk tatapan orang lain. kenapa nak hias diri bagai nak rak hanya kerana nak gi makan kat klcici? knp nak ikut fashion terbaru yang sebenarnye mmg pelik.. kan mudah je tuntutan Islam itu. tutup aurat. tak kira la pakai apa saja utk bersukan ke, gi keje ke, gi kenduri kawen ke, gi cangkul tanah depan umah ke, tapi soalnya satu je -tutup aurat.

kerana yang pasti.. apabila kita menutup aurat. segalanya akan terjaga.
dan aku memang pasti.. jagung yang aku rebus tu, aku pasti kebersihan dan kecantikan isinya.
selamat makan jagung, ayah! ;p

semua gamba2 hasil dari pakcik gugel.

Sunday, October 16, 2011

10 LELAKI HOT

Assalamualaikum! entry versi tengah malam. baru lepas minum minuman peberet sepanjang zaman, neskepe! maka dgn itu terhasil lah bait2 yg tak brp nak indah di entry ini. 10 ciri-ciri lelaki hot yang bole buat perempuan [sebenarnye aku nak ckp diri sendiri :P] teruja + cair.

10. lelaki berkaca mata [aku fokus kepada : dgn ini bahawasanya dia mungkin rajin membaca walaupun mungkin dia pakai cermin mata disebabkan byk main PS2]

9. lelaki berbaju melayu lengkap [tapi tak pakai sampin] - aku pun tak paham knp. dah, jgn tanya. mungkin perasaan itu adalah lebih kurang sama dgn apabila aku tanya kawan2 lelaki, mereka kata suka tgk perempuan berbaju kurung kerana nampak lebih ayu. tapi... lelaki ayu? ok next.

8. lelaki terer bermain gitar. ah tak kisah la suara dia sumbang or tak.

7. lelaki pengkamera. huh? apakah? maksudnya lelaki yang gila lensa kamera. dari dulu mmg aku rasa lelaki2 yg meminati bidang fotografi adalah sgt hot! ok sampai situ je hujahnya. next.

6. lelaki tinggi! aku terpaksa kata ini sbb aku tinggi. jadi, utk perempuan yg tak hot mcm aku, sgtlah rasa lelaki tinggi itu hot.

5. lelaki yang tidak merokok! [tepuk tepuk tepuk pengakap!] kan rokok tu bahayakan kesihatan. bukan saje utk dia. malah utk diri aku. lelaki hisap rokok mmg hot. hot pasal asik terbakar berasap je.

4. lelaki yang suka kanak2. aku akan sengetkan kepala tanda diri sedang cair apabila melihat lelaki2 BUJANG melayan sikap kanak2 dgn tanpa sebarang perasaan negative. yer la, aku kena ckp bujang.. pasal lelaki dah kawin dan ada anak definitely mmg akan syg anak2nya.

3. lelaki yang menghormati orang tua dan dalam kesusahan. ehem. bukan sahaja kepada orang tua di dalam keluarga tetapi sesiapa saja kat luar sana. bole cair kot tgk lelaki yg tiba2 berhentikan kereta sbb nak tlg makcik buta melintas jln. [ok, mcm dlm drama tv pulak :P]

2. lelaki yg boleh jadi kamus aku. "awak, ayat Al-Quran ape yg patut diamalkan utk kecantikan?" tanya aku dgn ghairah. jawabnya pula "bacalah surah yusuf.. tapi jangan la baca sebab utk kecantikan je. kan Al-Quran tu adalah petunjuk kepada manusia. takkan la bile nak murah rezeki, baru nak tanye ayat ape nak baca. takkan la bile nak tenangkan hati nak exam, baru nak cari ayat ape nak baca." -____- dush! mcm baru lepas kena tumbuk rasanya.

1. ala malu la nak cakap. :P haha. lelaki paling hot yg bole buat aku teruja adalah, lelaki2 yg aku selalu tgk gi masjid tak kira time gi klcici ke, time beriadah ke, time panjat gunung ke [gunung ade masjid?]


sekian sahaja carta top 10 dari aku utk lelaki2 hot di luar sana!

Friday, October 14, 2011

CITA-CITA DAN KERJA

Assalamualaikum. dulu kecik2 orang tanya, dah besar nak jadi ape. kan ade kena isi 3 tempat kosong cita2 kita masa kecik2. aku pun isi la, doktor. well.. masa tu tau doktor je kot. sbb polis2 tak minat. dah besar skit.. time skola menengah, bila orang tanya nak jd ape, aku ckp nak jadi sasterawan negara. pergh, mana dtg idea tu pun aku taktau. pastu bile besar lagi skit, tukar cita2 nak terjun bidang seni. tapi tu semua2 cita je kot. padahal arah dan tujuan serta bidang apa yg aku belajar totally lain sungguh. takde pasal kaitan dgn doktor atau bidang seni. dah besar baru aku tau, keje doktor susah giler. aku respek kot. sbg seorang yg pemalas dan suka tido mcm aku, mesti la tak sesuwei jadi doktor yg sentiasa on call. nyawa orang di tangan kau tu babe. oh tak sanggup ku pikul. pastu aku realized jugak, keje polis tak la semudah yg disangka. harap pakaian je hemsem2. :P haha. sbg seorang yg lembik dan tak reti seni mempertahankan diri serta rabun jauh, aku gerenti mmg takkan diterima masuk join polis. dan untuk bidang seni, mmg aku akan tetap minat sampai bila2.. tapi bila mengenangkan balik.. kalau muka aku terpampang kat mana2.. [oi jgn nak perasan sgt eyh orang nak siar muka kau], nnt kalau aku takde camne? gambar2 aku tu.. org tengok.. tingkah laku aku nnt.. org tgk.. haih. kesian kat parents aku nanti.
tapi kan..... [fikir lama skit] aku rasa.. Oh Em Ji.. aku dah kuar magazine 2 kali kot? ok bai. tabole bgtau magazine ape.

tak kisah la apa pun cita2 kita masa kecik ke, masa dah besar ke.. tp kemana hala tuju kita tu yg penting. cita2 dan perkara yg kita minat, adalah 2 benda yg berbeza tp boleh dilakukan bersama. terus terang aku cakap, apa yg aku kerja skarang.. takkan pernah terlintas dlm otak aku masa aku umur 10 tahun. dan aku berusaha mengelakkannya menjelang umur aku 18 tahun. tapi takdir aku membawa aku menerjah ke bidang ini. [tangan di bahu mata ke atas - takpayah nak skema sgt ayat tu]. baru aku tau mcm mana stressnye kerja.

tapi....

manade kerja tak stress kan? semua kerja stress. lagi stress kalau tak kerja.

bila dah stress. mestilah menonggeng macam ni kan.
-_-




prop adalah milik sepenuhnya tuan punye blog.
patung pink tetonggeng + laptop pink + bantal pink+ headphone pink