Assalamualaikum. Hai. selamat bulan Mac utk semua aku. Tahun 2012. Dah masuk bulan ketiga okay? Ape pencapaian yg aku dah kecapi utk waktu yg dah masuk suku tahun ni? Satu-satunya pencapaian yg dah aku capai dengan jayanye adalah, aku dah berumur 18 tahun 5 bulan 14 hari rahsia. Itu mmg satu kesyukuran sebab masih dipanjangkan usia.
Well… manusia tak sempurna kan? Dikalangan manusia, mmg la kite tak sempurna.. tapi di antara makhlum2 lain, manusia adalah yg paling sempurna.. tapi makhluk yang sempurna ni mmg byk songehnya ceritanya.. ada penah tengok kucing gaduh laki bini depan kaunter wayang pasal sekor nak tengok citer A Killer Cat, sekor lagi nak tgk A Romantic Cat..? omak aih. Pengsan den kalau ni berlaku. Ade penah tengok semut tolak2 naik bas sambil maki2 semut2 di depannye? Mungkin ade, pasal semut kecik tak nampak. Penah tengok angsa gi shopping bulu bulu kat pavilion? Esok nak pakai bulu kaler pink, lusa nak pakai bulu kaler kuning.. bulu ngan contact lense nak kena same kaler, kalau tak, angsa jantan taknak ngorat. [face palm]
Mari kita selongkar kisah makhluk2 sempurna pula.. aku mmg ada masalah memahami lelaki seperti mana lelaki bermasalah memahami wanita. Memang aku tak nafikan, wanita sgt complicated. Dari bahan bacaan kat internet, sampai ke buku, aku selongkar utk memahami lelaki. Majority jawapan yg aku jumpa, lelaki adalah makhluk Allah yang ringkas, tak cerewet dan mudah. Berbanding dgn kenyataan utk wanita, makhluk Allah yg rumit dan susah nak difahami. Hmm.. hmm lagi..
Lelaki dijadikan utk melindungi, menjaga keselamatan, memberi nafkah, menjadi penyelesai masalah.. tapi kelemahan lelaki adalah gagal memahami makhluk tuhan yang sempurna yang bergelar wanita.. hmm, bagi aku fikir kejap. Aku boleh terima tentang penyelesai masalah. Cuba bagi 1 situasi masalah kepada lelaki, mereka takkan bertanya atau bercerita bagaimana kejadian itu berlaku atau kesan2nya, mereka akan terus berikan penyelesaian. Baru2 ni aku ikut sorang kawan wanita aku ke satu majlis yg tak berapa aku suka. Sambil mengadap majlis tu, aku sebok main message dgn encik A. sambil bercerita betapa aku tak suka majlis itu, serta org2 yg membosankan di majlis itu.. encik A hanya bagi 1 ayat “takpayah dengar, tido je”. Aku baca mesej tu then buat muka pelik. Ok, cuba bayangkan pula jika aku bermesej dgn rakan wanita. Tentu2lah mesej2 yg kawan aku reply akan berbentuk seperti “sape je yg ade kat majlis tu? Aaron aziz ade tak? alah, kau borak2 la dgn org sebelah2.. tu la, sape suruh tak bawak aku” hmmm…Cerita la apa saje pada rakan2 wanita anda, tapi carilah lelaki jika nak penyelesaiannya sbb lelaki bukan pendengar yg baik, tapi mereka berkebolehan menyelesaikan masalah tanpa berborak selama 2 3 jam di starbuck atau di telefon. Aku benci statement ini. Mekasih.
Logik wanita sgt rumit. Biar aku terus terang, kebanyakan wanita tak berapa memahami diri mereka sendiri. Itu kenyataan yg paling aku benci. Sumpah aku taknak terima fakta itu. Kalau bawak bergaduh pun, mmg sanggup aku akan pertahankan wanita. sebab aku pun selalu mcm tu. Manusia punyai ego. Ego lelaki kerana mereka adalah lelaki. Tapi, ego wanita lain macam sikit. bila wanita kata sesuatu, kebiasaannya ia akan membawa maksud sebaliknya. jika anda wahai encik lelaki telah membuat seorang cik wanita terasa hati, wanita akan sentiasa mengelak jika ditanya samada ada ape2 masalah atau tak. "awak okay ke?" "yer, saya okay" ya, kami tipu! kami, wanita nak anda kaji dan carik sendiri ape yg tak kena dgn kami yg disebabkan oleh tindakan anda. "awak marah saya ke?" "tak la.. kenapa pulak saya nak marah" ya, kami tipu lagi.. kan dah ckp tadi. itu soalan perangkap supaya encik2 lelaki berfikir2 sendiri ttg 'kenapa saya marah' itu. tapi, bagi lelaki kan tu mudah je. okay means okay. tak marah means tak marah. sudahnya, wanita makan hati. huh.
utk sebuah kisah cinta yang abadi, aku selalu berharap aku boleh cakap mcm ni..
“saya nak lelaki yg rendah diri serta bijak, lucu dan romantik. Dia mestilah beriman dan dapat membimbing saya. dia juge mestilah sensitive dgn perasaan dan tingkah laku saya serta lemah lembut. Yg paling penting sekali, dia mestilah selalu ada utk support saya. Saya nak dia sentiasa berada disisi saya. dia juga perlu menghormati ibu bapa dan keluarga saya. saya nak lelaki yg memahami kerjaya dan kesibukan saya bekerja, jadi dgn itu dia boleh membantu saya membuat kerja2 rumah nanti. Kalau dia minat kucing pun bagus juge. Dan, mungkin dia boleh bermain muzik bila saya kebosanan. Saya tak kisah dari segi rupa atau kewangannya, tapi jika dia emsem mcm aaron aziz atau kaya mcm anak Dato’.. itu adalah satu bonus!”.
Hmm.. cik wanita2 sekelian.. jika inilah cinta dan harapan yg anda harapkan dari seorang lelaki, ini hanyalah berlaku dlm movie. Ia tak realistic dan takkan pernah berlaku. Cinta lelaki tak macam cinta wanita. Cinta lelaki sgt mudah dan ringkas.. lelaki yg menyintai anda mungkin takkan call or mesej setiap setengah jam utk bagitau I love u. dia takkan duduk melayan anda berjam2 dan berborak ttg bagaimana rakan baik anda menipu anda. Dia takkan beritahu anda kesusahan dirinya atau keluarganya.. sekiranya kita para wanita tau bagaimana cara lelaki menyintai wanita, mungkin sebenarnya lelaki kat depan kita semua dah berikan segala2nya pada kita. Cuma kita je yg taktau. Atau buat2 taknak tau. Seperti aku, yg taknak terima kenyataan ini. Huh.
Aku bg kredit pada Hasnah M Daud kerana menterjemahkan buku karya Steve Harvey : “Act Like A Lady, Think Like A Man” . aku dah katam 2 setengah kali. utk mane2 wanita yg terbaca entry aku ni, mungkin ade yg takleh terima, mungkin ade yg boleh. tapi mmg inilah hakikatnya. utk lelaki, aku tak backup y'all okay! next time, maybe.. aku akan citer pasal mcm mana cara lelaki nak paham wanita pulak. tu pun kalau aku tak bz memahami makhluk2 Allah paling sempurna yg bergelar lelaki..
No comments:
Post a Comment