Life is like a movie... Hidup macam dalam drama.. Salah weyh.. Movie dan drama tu yang dibuat berdasarkan hidup manusia di alam realiti~ huh.. berapa kerapkah berlaku sesuatu situasi dan tiba2 kita akan cakap "weyh, macam dalam drama la!" bagi aku, selalu je aku cakap camtu.. dari apa yg aku lihat, dari apa yg aku alami, dari apa yang aku hadapi.. "hidup mcm dlm drama la~!" atau patut aku ckp bila aku tgk drama... "oi mcm life aku la!" haha.
haritu, waktu dalam kereta, aku dgn ayah.. aku mmg byk habiskan masa dgn ayahnda tercinta sbb aku anak ayah.. dan emak ofcoz! that time keluar kat radio lagu Hitam Manis yang telah diberi nafas baru oleh encik Filsuf. sorry.. aku tak kenal mamat ni.. member of ahli fiqir kah? then ayah aku pun mula bersuara.. "bila dgr lagu ni, ayah ade 1 cerita...."
utk pengetahuan.. ayah aku berkulit agak gelap.. so aku tak pasti dia terasa hati bila dgr lagu tu or tak.. dan ayah aku punyai kembar seiras.. damn seiras! sbb dulu kecik2 aku selalu tersalah peluk/panggil/tarik kaki dan sbgnye.. tapi, Allah lebih sayangkan kembarnya.. arwah pakngah aku........... -silent moment pls-..................
berbalik la citer ayah aku tadi..
"dulu masa kat sekolah rendah.. kawan2 kat sekolah semua ejek kami 2 budak hitam.. yer la, semua pandang rendah.. kulit hitam sgt.. masa tu depan skolah ada sorang pakcik jual kuih, nama dia Pak Itam Kundas (kundas is sejenis makanan mcm cekodok. boleh kategori family cucur).. masa tu kami berdua rasa rendah diri sgt sebab kawan2 yg lain ejek kami mcm pakcik jual kuih tu.. dulu masa sekolah, ayah selalu dpt no 3 jer dalam kelas.. samada 2 atau 3 jer, mmg takkan dpt no 1 atau takkan pernah dpt nombor lain.. disebabkan selalu dipandang rendah, ayah tekad utk buktikan pada semua orang bahawa ayah mampu utk menjadikan lebih daripada mereka.. baru2 ni ayah ade terjumpe balik dgn classmate ayah masa skolah rendah dulu.. dia bukak bengkel kereta.. kesian ayah tgk dia, kerja teruk2 sekarang. dia ckp pada ayah.. wah, kau dah pakai mercedes la skarang.. untung la kau... aku sampai bila2 pun berangan je la dpt pakai.. sebab tu bila dgr lagu ni.. ayah teringat betul apa yg dorang ejek dulu.. tapi ayah senyum aje la sebab usaha ayah dah terbukti sekarang"
aku cuma ada 2 beradik.. aku dibesarkan dalam keadaan yang agak selesa walhal sebenarnye parents aku telah hidup dlm penuh kesusahan sebelum itu kerana ingin memastikan kehidupan yg selesa utk anak2 mereka.. thanx ayah dan emak.. hidup macam dalam drama..bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian..
bila kite tonton wayang atau drama.. kite tentu akan mempersoalkan "eh? ade ke orang mcm ni dlm dunia ni? teruknya?" atau "hisy.. family ape mcm ni.. takkan la biar anak mcm tu" atau "takkan la ada suami sanggup buat isteri dan anak dia mcm tu? tipu lah cerita ni" atau "gile ke ape terjun bangunan semata2 kerana cinta? pengarah ni fikir logik ke tak bila buat citer ni?" ok, first thing first.. tu kan cerita je, tak payah nak emo sgt bole tak? haha. and 2nd thing.. memang kebanyakkan cerita akan meletakkan note : hanya rekaan semata2, tiada kaitan dengan hidup atau pun yang telah meninggal dunia.. tapi rekaan2 yg mereka buat tu dah tentu2 lah dari persekitaran manusia di bumi ni.. (sila la ketepikan cerita harry potter, twilight, lord of the ring mahupun sponge bob serta yang sewaktu dgnnya )
bak kata Taylor Swift.. If This Was a Movie... tu pun kalau~
life is like a movie.. and i'm creating my own movie through my own life - jari jemari pink-
Ready.. Action... and Cut!
No comments:
Post a Comment