Tuesday, January 24, 2012

It's Not Worth It..

Assalamualaikum~ dlm dunia ni, kita selalu abiskan duit utk sesuatu yang tak perlu.. atau belanjakan duit utk sst yg melebihi dr kemampuan kita.. atau.. buat sst tindakan yg takde faedah pun.. adakah ia berbaloi?

dulu ade dlm iklan kat tv.. tapi aku tak igt iklan pebenda tah.. antara parking valet dan parking biasa.. parking biasa RM4 per entry, tapi parking valet RM20.. kau masuk tmpt valet parking, buat muka ala2 berlagak skit, kau benti then kau bagi kunci.. pastu kau tengok kereta yg masuk ke parking biasa same je dgn entrancenya dgn parking valet.. malah kau boleh pilih2 lagi nak park kat mane.. cuma kebaikan valet is.. kau tak perlu nak jln jauh2 carik keta eh kejap kat B1, kejap kat B2 ke.. tapi rupe2nye keta kat kat B3.. berbaloi ke nak byr sesuatu bernilai 5 kali ganda utk benda2 yg sama yg bole dpt harga biasa? kau parking valet ; result = kau dpt parking. kau parking biasa ; result = kau still boleh dapat parking. lebih baik duit lagi 16 hinggit tu buat makan MacD.. atau ciken rice shop.. atau.. nasi lemak mak kiah..

kau ade boyfriend hemsem gile ala2 kpop siap rambut nak cacak2.. sayang bagai nak rak tak hengat dunia, kehulu kehilir same2.. tayang kat sume kawan2 fesbuk, bajet kau comel macam hana tajima dpt mamat hemsem mcm....... (ok aku tinggalkan ruang tu). tiba2 kau find out bf kau rupenye ade gf lain muka ala2 megan fox.. kau rasa dunia kau hancur, takde makna nak jalani kehidupan alam fana atau alam maya ni.. sebab kau sayang gila dgn bf kau, kau rasa tak boleh hidup di atas muka bumi ni.. lalu kau bertindak utk menamatkan zaman bujang hidup kau.. bajet emo nak toreh2 tangan bagai.. tulis status fb selamat tinggal dunia bagai.. tapi sebenarnye kau lupa, belum tentu kau boleh hidup atas syurga.. berbaloi ke semua tu? lebih baik kau bukak minda, dan redha bahawa manusia mmg telah dijadikan utk hidup berpasangan.. jika mamat-bajet-kpop itu bukan utk kau, kau mungkin akan dpt Imam Mudaaaaa~

kau ni pantang tengok duit.. sanggup buat apa saje utk dptkan duit.. kalau kerja teruk2 tapi halal utk dpt duit, takpe la jugak.. tapi sanggup rembat rete orang lain jadi rete kau.. gi curik motor la, gi ragut minah kilang la.. gi rompak kedai emah Ah Ben la.. time dapat mmg la seronok, tapi keselamatan diri? buatnya kena langgar kereta time rompakan bersenjata itu, atau kena kejar ngan org kampung siap kena belasah sbb ragut beg Gucci anak ketua kampung.. berbaloi ke nak gadaikan nyawa utk semua tu? silap2 boleh check in penjara bbrp tahun.. berbaloi ke pertaruhkan masa dan usia muda utk semua tu dan main guli di penjara? lebih baik jual burger dpn kilang tupperware dpt juge mengorat minah2 kilang.. kalau taksub sgt jadi hamba kepada duit, baik kau main where's the money drop secara online.. takpun kau main monopoly.. rasa kaya sepanjang masa..

................................

kau pernah ada bf.. hubungan yang agak lama dikekalkan.. semuanya dirancang dengan baik utk bbrp tahun.. masa depan yg telah dipastikan kecerahannya.. keluarga masing2 telah merestuinya.. kau rasa itulah jodoh yg terbaik utk kau.. kau fikir dialah bapa kepada anak2 kau kelak.. dan kau sgt yakin dialah jodoh yg telah ditentukan utk kau sejak azali.. tapi entah kat mana silapnya, si bf berpaling tadah.. hubungan yang agak lama itu tak dpt dipertahankan.. janji yang satu itu musnah serta merta.. kau tak pasti kenapa.. kau terlalu mengharapkannya kembali.. kau melarang sesiapa yang menyalahkan dirinya.. bagi kau, dia adalah jodoh kau.. tetapi baginya, kau bukan jodohnya.. kau kerap menyalahkan diri sendiri dan menganggap perpisahan itu adalah salah kau.. sejak dia melangkah pergi dari hidup kau, tak pernah ada satu hari yang tertinggal bahawa kau masih dan sentiasa berharap dia akan kembali..kehadiran orang2 baru dlm hidup kau gagal utk mengubati hati kau. sesungguhnya kau telah menutup sepenuhnya hati kau utk orang lain. kerana bagi kau, harapan sentiasa ada utk dia kembali.. tiba2 selepas beberapa ketika, kau terima berita dia sudah menjadi milik orang lain.. bukan sahaja milik orang lain tetapi sah sebagai jodoh kepada orang lain itu.. sst yang pernah kau impikan bila bersama dia dahulu.. dan kau rupa-rupanya................. masih penuh rasa kebodohan menunggu dan berharap dia akan kembali.. It's Not Worth It isn't?

If This Was a Movie... <3

Monday, January 23, 2012

Life is like a Movie...

Life is like a movie... Hidup macam dalam drama.. Salah weyh.. Movie dan drama tu yang dibuat berdasarkan hidup manusia di alam realiti~ huh.. berapa kerapkah berlaku sesuatu situasi dan tiba2 kita akan cakap "weyh, macam dalam drama la!" bagi aku, selalu je aku cakap camtu.. dari apa yg aku lihat, dari apa yg aku alami, dari apa yang aku hadapi.. "hidup mcm dlm drama la~!" atau patut aku ckp bila aku tgk drama... "oi mcm life aku la!" haha.

haritu, waktu dalam kereta, aku dgn ayah.. aku mmg byk habiskan masa dgn ayahnda tercinta sbb aku anak ayah.. dan emak ofcoz! that time keluar kat radio lagu Hitam Manis yang telah diberi nafas baru oleh encik Filsuf. sorry.. aku tak kenal mamat ni.. member of ahli fiqir kah? then ayah aku pun mula bersuara.. "bila dgr lagu ni, ayah ade 1 cerita...."

utk pengetahuan.. ayah aku berkulit agak gelap.. so aku tak pasti dia terasa hati bila dgr lagu tu or tak.. dan ayah aku punyai kembar seiras.. damn seiras! sbb dulu kecik2 aku selalu tersalah peluk/panggil/tarik kaki dan sbgnye.. tapi, Allah lebih sayangkan kembarnya.. arwah pakngah aku........... -silent moment pls-..................

berbalik la citer ayah aku tadi..

"dulu masa kat sekolah rendah.. kawan2 kat sekolah semua ejek kami 2 budak hitam.. yer la, semua pandang rendah.. kulit hitam sgt.. masa tu depan skolah ada sorang pakcik jual kuih, nama dia Pak Itam Kundas (kundas is sejenis makanan mcm cekodok. boleh kategori family cucur).. masa tu kami berdua rasa rendah diri sgt sebab kawan2 yg lain ejek kami mcm pakcik jual kuih tu.. dulu masa sekolah, ayah selalu dpt no 3 jer dalam kelas.. samada 2 atau 3 jer, mmg takkan dpt no 1 atau takkan pernah dpt nombor lain.. disebabkan selalu dipandang rendah, ayah tekad utk buktikan pada semua orang bahawa ayah mampu utk menjadikan lebih daripada mereka.. baru2 ni ayah ade terjumpe balik dgn classmate ayah masa skolah rendah dulu.. dia bukak bengkel kereta.. kesian ayah tgk dia, kerja teruk2 sekarang. dia ckp pada ayah.. wah, kau dah pakai mercedes la skarang.. untung la kau... aku sampai bila2 pun berangan je la dpt pakai.. sebab tu bila dgr lagu ni.. ayah teringat betul apa yg dorang ejek dulu.. tapi ayah senyum aje la sebab usaha ayah dah terbukti sekarang"

aku cuma ada 2 beradik.. aku dibesarkan dalam keadaan yang agak selesa walhal sebenarnye parents aku telah hidup dlm penuh kesusahan sebelum itu kerana ingin memastikan kehidupan yg selesa utk anak2 mereka.. thanx ayah dan emak.. hidup macam dalam drama..bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian..

bila kite tonton wayang atau drama.. kite tentu akan mempersoalkan "eh? ade ke orang mcm ni dlm dunia ni? teruknya?" atau "hisy.. family ape mcm ni.. takkan la biar anak mcm tu" atau "takkan la ada suami sanggup buat isteri dan anak dia mcm tu? tipu lah cerita ni" atau "gile ke ape terjun bangunan semata2 kerana cinta? pengarah ni fikir logik ke tak bila buat citer ni?" ok, first thing first.. tu kan cerita je, tak payah nak emo sgt bole tak? haha. and 2nd thing.. memang kebanyakkan cerita akan meletakkan note : hanya rekaan semata2, tiada kaitan dengan hidup atau pun yang telah meninggal dunia.. tapi rekaan2 yg mereka buat tu dah tentu2 lah dari persekitaran manusia di bumi ni.. (sila la ketepikan cerita harry potter, twilight, lord of the ring mahupun sponge bob serta yang sewaktu dgnnya )

bak kata Taylor Swift.. If This Was a Movie... tu pun kalau~

life is like a movie.. and i'm creating my own movie through my own life - jari jemari pink-

Ready.. Action... and Cut!